Tuesday, February 22, 2011

BBQ Chicken cawangan jb

Salam,

   Kelmarin kami 3-sekeluarge terase sangap jer duduk terperap kat hotel. Jadi kitorang pun pegi ler jalan-jalan di Tesco Plentong (xjauh pun, dalam 200 m jer; jalan kaki pun sampai). Aliya seperti biase menunjukkan gelagat budak yang over excited, dengan kepaler menoleh ke kiri ke kanan; tangan dan kaki mengais-ngais; disusuli pula dengan mulut yang terbuka luas. Segala benda ingin dicapai dan dijolok ke dalam mulut.

   Jalan punyer jalan, terserempak lah dengan restoran BBQ Chicken sejibik macam di Korea. Terus air liur aku dan suami meleleh; Aliya dah meleleh dari awal perjalanan pun. Kami pun terus melabuhkan punggung ke dalam restoran tuh. Tak pasti plak menunyer same kat Korea sane ke tidak, mungkin ade kelainan skit sebab di Korea ade dihidangkan pizza. Yang menariknyer, kesemua makanan digoreng atau dipanggang dengan menggunakan Olive Oil. 


Hot Cappuccino 


Coleslaw

Fresh, shredded cabbage and carrot with delicious 
mayonnaise - RM3.00


Kochi

3 skewers of grilled chicken with BBQ sauce and 
home-made herbs in skewer - RM7.00


Korean Charbroiled Sandwich

Marinated chicken with home-made seasoning, grilled to 
perfection topped with onions and fresh tomato slices, 
sandwiched in an earthly bread. - RM18.00
                  • Served with French Fries + Green Salad


Branch utama BBQ Chicken di Korea. Nak cube tak brani, tak halal. Tengok jer dari luar. Menu kat sini lagi banyak choice. Pizza pun ader. Terliur kitorang tengok dari luar cermin kedai tuh...slurrpp

Itaewon Seoul, Korea

R&R, Nanyang, Korea




cube lah, best....

http://bbq-chicken.com.my/component/option,com_frontpage/Itemid,1/

Monday, February 21, 2011

Aliya Zaireen tercinta DEMAM...

salam semua kawan-kawan dan pembace yang dihormati,

   saya nak meluahkan sikit perasaan hati... dah hampir seminggu Aliya demam dan batuk. kesian seKECIL ni. asyik nangis kerna tak selesa ader hingus dan kahak tersangkut. nasib baik suamiku selalu layan citer Dirty Jobs dan Exotic Cuisine, dengan selambe jer die sedut hingus anak ikut hidung. dah serupa macam makan siput sedut plak... uwekk

   dengan hati yang resah, setelah enam hari berlalu kami pun refer Aliya balik ke KPJ Johor Specialist Hospital. habis check-up doktor cakap takder ape-ape, alhamdulillahhh... diagnosis doktor mengatakan tiada apa-apa infections atau implikasi, cume tinggal saki-baki virus batuk jer. insyaallah sehari dua nih sembuh lah Aliya. Aminnn...

ubat batuk

ubat selsema

Thursday, February 17, 2011

Pit-stop yang mesti...

Perjalanan dari pasir gudang, johor ke nilai, n.sembilan memakan masa dalam 3 jam jika mengikut had laju yang ditetapkan. Dan memandangkan suamiku keje pada hari sabtu (1/2 day), terpakse ler gerak selepas die abis keje. Dan LAGI, memandangkan suamiku bru abis keje, maka dengan selambenyer dia bagi alasan penat nak memandu; mengantuk katanyer. Terpakse lah isteri yang solehah ni (amin) mengerah tenaga untuk memandu pulang ke kampung suamiku.

Tak lengkap pengisian perjalanan pulang ini kalu kami xsinggah di kawasan rehat & rawat Machap untuk menikmati juadah di KOPITIAM KAYA. Menu specialnyer roti bakar, roti PERANCIS, dan telur rebus 2 bijik skali makan. Kopi juga bole tahan. Lepas makan bru le sambung perjalanan dengan penuh fokus dan hati serta perut yang gembira.
 tak sabar-sabar nak menjamu selera
 hidangan yang simple tapi mengiurkan
 bismillah hirrahman nirrahim
 nasib baik coverallnyer warne biru, kalu oren tadi dah sah macam pekerje PLUS
ceria setelah menikmati juadah di KOPITIAM KAYA


kete myvi ku bising...

     Setelah 2 tahun ku memiliki kete MyVi, baru-baru nih tetibe jer mengeluarkan bunyi bising dibahagian suspension depan. Lebih ketara bila jalan tak rata. pulak tu, highway pasir gudang memang dah macam trek untuk test suspension kete; penuh dengan lubang.
      Aku pun bawak lah ke pusat service perodua di pasir mas, klante. Memandangkan aku sekeluarga balik kampung secara emergency, ade kematian. Check punyer check, ingatkan bushing kat arm tayar dah loose, or problem* lame kembali lagi... nasib baik minor defect jer, WEAR AND TEAR. Rupe-rupenyer, grease kat mounting caliper brek dah kering. Bunyi bising tu sebab xcessive vibration kat mounting caliper tuh. Kene ketuk ngan perodua rm30 gak sepasang untuk tambah grease balik. Ok ler kut, sebab grease yg dier gune dari jenis high temp dan direct dari daihatsu jepun. Nak dijadikan citer, mase aku practical di proton dulu pun, grease yang diorang beli untuk inventori pun memang mahal. 1 liter boleh cecah puluhan ribu ringgit!

caliper brake yang telah dibuka pada engselnyer.

disini ler tempat grease tu perlu ditambah

*1st time dulu bearing kat steering knuckle pernah rosak. Bunyi bising cam tayar off-road Range Rover. Nasib baik still under waranty. Itu pun gara-gara telinga suami ku yang peka.

Arinee: Diharap kawan-kawan peka ler dengan kondisi kete masing-masing. Beli dah la mahal...hu hu

colek perut : KTM station , pasir mas kelantan

antara makanan yang paling I suka is Colek Perut!! weheee sangat suka...... balik kg yang lepas bawak suami ke tempat makan Colek Perut , kali pertma dan kali terakhir yg lepas makan di sana masa form 4 @5,, lama sgt dah . sudah lupa.

ever since I get married, mmg selalu sgt nak bawak husband pg cuba makan ni tapi asik tak menjadi..tapi suddenly masa balik Feb 2011 yg lalu, mase balik sb Abe Pie meninggal haritu, I bawak husband I pg pekena. kedai tu masih ade, fuhhh still standing after about 10 years since I last drop by. already forgot the taste, but surely still awesome .

ramuannya sangat simple, as I suka makan makanan yg simple2 ni. Perut rebus, paru goreng, keropok goreng, fresh taugeh, green apple slice and timun. atasnya , letak kuah pencecah ..sangat simple and sangat sedap. Love it.

mai sepinggan!!
lokasi kedai ni, mcm tajuk kat atas gerai dekat KTM Station, Pasir Mas, Kelantan. kedainya simple aje, ade 2 kedai sebelah menyebelah. mase I try first time dulu kat gerai satu lagi tapi kali ni gerai yang tepi sekali. gerai ni sibuk sket as diorang ade buat packing rojak, colek etc utk di jual kat pasar malam kat sebelah traffic light.

lokasi kedai. kelihatan jejaka perasan
ala ala Ramli Sarip sedang kekenyangan.

 Arinee : resepinya sangat simple, boleh cuba buat di rumah nti.

sing a song : tolong ingatkan aku

lagu ini adalah Juara Lagu 2010. penyanyinya adalah Ana Raffali. Siapa Ana Raffali ??? I pon baru kenal dia after dia menang Juara Lagu itu hari.banyak controversy bila Cik Ana ni menang which is M Nasir gaduh ngan Azmeer , M Nasir kata Ana patut menang, Azmeer kata other wise...tapi decision has been made . yang menang , Congratulations!!, yang tak menang, cuba lagi hasilkan karya - karya yg bermutu k...sama2 support industri Malaysia.


Arinee: not bad juga lagu ini hehehe

STEP : CARA CARA BELI TIKET PHILIHARMONIC ORCHESTRA

i post this babbling on

sing a song : i never told you

hari ini saya sangat suka dengar lagu ini. taida makna ape-ape cuma suka dengar suara Colbie Calliat.


Arinee: dengar lagu sambil buat PPA. hari ni kena hantar huhuhu.

Monday, February 14, 2011

kerja : hari yg sgt bz setelah lama cuti

I sgtle BZ harini coz cuti last week selama 2 hari (MC yea). kalut, sangat kalut.

Arinee: bakal menyaksikan Philharmonic pada bulan April nti.MAN, MUSIC AND MACHINE

Tuesday, February 8, 2011

sup belut : kegilaan suami bila balik ke kelantan

belut, some people like me cannot stand looking at it. apelagi nak makan . I category kan makanan ini as Exotic Food. banyak terdapat di kelantan . kalau balik ke Kelantan , suami msti nak pg pekena ini sup belut lah. location kedai amatlah dekat ~ 2km dari rumah org tua I.

warung yg menjadi kegilaan suami
sanggup walaupun xde lesen motor, hish!
terletak di antara persimpangan Salor dan Pasir Mas, on the way to famous local shopping attraction in Kelantan ; Rantau Panjang. about 22km dari pusat bandar KOta Bharu. kedainya simple saja, interior yg so-so saja, maklumla kedai kampung.banner susu kambing HR banyak kat kedai ni, as the owner is thr HR Goat's Milk dealer.
antara menu kat kedai tersebut. harge starting from RM5
menu kat kadai ni semua berasaskan belut. Sup, Tomyam, Padprik etc..kegilaan suami adalah sup belut. kalau tak bawak makan kat sana maka murungla dia sepanjang berade kat Kampung.

muka ceria bila dah dapat sup belut
close up lagi. amacam , ade beran????? mai semanggkuk!!!

rupanya
Arinee: walaupon beranak belah haritu n org tua suruh makan ini, mmg tak berani nak makan.

AFTERMATH MAKAN SUP BELUT

 selepas makan sup belut, terus bertenage, tapi disia-siakan dengan mengejar biri-biri pak muda ku...
berjaya pulak tuh, cam xperjaya....

Monday, February 7, 2011

aliya zaireen : first day dirumah pengasuh

apakah khabar anakku di rumah pengasuh??
harap si kecik dapat memahami mama & papa harus bekerja . after 3.5 months of  her life, myD has send to Nannay's house. really hope she will behave. Kak Ani, sabarla jaga Aliya yea. jagalah seperti menjaga anak sendiri.

Arinee: nowadays, banyak sgt kes pengasuh dera anak, sangat risau sekali!!cuma mampu tawakal saja 

Debaran : ACD Assessment

sangat berdebar. itula perasaan ketika ini. besok adalah hari penentu, sekali lagi my annual assessment . lesson learnt from previous assessment:
  1. be calm
  2. to bring the evidence 
  3. please2 explain what and why
  4. jangan malas
assessment ini pada I lebih tough from getting the Job itself.
my traget for this year is 60%. the higher the better.
last assessment sagtla menyedihkan...
i take it for granted, but not this time babe!! i'll strive...go baby go!!

source Google
Arinee: sangat berharap for sukses
update pada 8 feb 2011...saya sungguh keciwa huhuhu

Kematian : Bila Ahli Keluarga Meninggal Dunia

entry yg sedih. pada 1st February 2011 @5pm yg lalu, abag ku yg ke dua , Mohd Saufi bin Mat Saaud telah kembali ke Rahmatullah. meniggalnya selepas 2 tahun menderita akibat Cancer.

perginya di ratapi. semoga rohnya tergolong dalam golongan yang beriman. Al Fatihah
source Google.

Arinee: tak sempat bersama arwah disaat2 akhir hayatnya.

NUFFNANG

Sarapan Pagi di Kopitiam Kita

Kali ini berkongsi perihal pengalaman sarapan pagi di Kopitiam Kita, iaitu salah satu spot tersohor di Kota Bharu utk sarapan pagi ( ini ker...