Monday, December 31, 2012

Renovation Cost

since ade few yg email bertanya pasal renovation cost kami jadi disini suka i share detailnya utk rujukan bersama..Rumah yg kami diami sekarang adelah berkeluasan tanah 24 X 70 built up adelah seluas 2069sf. untuk renovation,di bawah ini i senaraikan items yg termasuk dalam renovation kami.

1) dapur
 kami extend bahagian dapur hingga rapat ke pagar belakang maklumla rumah sekarang ni dibina dapurnya amatlah kecil berbanding design rumah dulu2. beside kami mmg plan utk ade dry and wet kitchen.ini berserta dgn concrete table top utk dry kitchen dan wet kitchen. 






semua rentetan gambar diatas adelah keadaan asal rumah kami.

kawasan dapur extend

dapur asal

keadaan dapur after renovation, belum pasang kitchen cabinet.

2) pagar belakang
pagar belakang yg dibina oleh developer adelah standard pagar dawai. jadi utk security dan beauty, kami gantikan pagar kami dgn tembok batu berketinggian lebih kurang 5kaki di sekeliling membentuk L Shape sesuai dgn bentuk kawasan tanah kami, pada bahagian sedikit tanah lapang belakang rumah kami cementkan semua sekaligus tutup semua longkang belakang. 

3) Bumbung Awning
utk kawasan belakang rumah yg kami cementkan lantainya, kami letakkan awning yg juga berbentuk L Shape. tujuan utamanya utk menyediakan tempat yg teduh utk sidai kain.

4) plaster ceiling, lampu dan kipas ceiling 
plaster ceiling kami amik yg old skool design ,simple dan tak telan dek zaman.berbeza dgn design island yg amat popular sekarang , kami buat partition di tengah2 utk dining area dan living area design bunga ditepi as border. 

5) Grill
pasang grill satu rumah. design grill kami adelah tak fancy ape mengunakan besi iron biasa bukan wrought iron standard dicatkan dgn cat biasa warna putih.

itu saja renovaion yg kami buat, yg lain tu standard saja pasang fittings such as lampu dan kipas utk satu rumah, pasang water heater utk 3 bulik air dan tambah a few power points. utk kitchen cabinet, shoe cabinet  semua, we hire contractor lain. utk semua costnya adelah RM28k..pada i tak murah dan tak juga mahal..man2 aje lah..mungkin kalau hire contractor indo boleh dapat belasan ribu saja tapi risau nti susah plak nak monitor since kami ade kat johor masa renovation berjalan jadi takde org nak pantau everyday. 

visitors, utk rujukan gambar bolehlah lawat cerita sy yg sudah2 dibawah label home decor & home sweet home.


Sunday, December 30, 2012

Lesson Learnt Perlunya Saluran Air Hujan

Hi peeps!!kepada sesiapa yg baru renovate rumah..salah satu item yg perlu di consider sebelum penyerahan kunci dr contractor adelah perlunya saluran air hujan pada atap rumah.

Ok i ceritakan sikit disini, kami extend bahagian dapur dan cementkan bahagaian belakang rumah beserta buat tembok pagar dan pasang awning kat bahagian tembok tersebut....okla utk bahagian awning, tiada masaalah kerana hujung awning adelah berlekuk ke bawak jadi air hujan akan turun terus ke bawah/ketanah.

Tapi pada bahagian rumah iaitu dapur, atapnya terus berangle (sila rujuk gambar 1). Jadi apabila hujan, air hujan terus terjun ke tingkap jiran belakang....lebih2 lagi bila jiran itu bukak Tingkapnya...ditambah pulak atap bahagian tersebut kumpul air dr atap tingkat atas dimana saluran dr atas menuju ke atap tersebut.kami tak sedar hal ini Sehingga di complaint oleh jiran belakang.

Bernasibbaik..apek renovation masih ade buat renovation di kawasan kejiranan jadi kami suruh dia pasang saluran longkang dan masalah kami selesai. ...so pada yg baru nak renovate rumah tu..ingatlah element ini adelah sebahagian dr acceptance criteria nti.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, December 29, 2012

Gaya Tidur Kanak-Kanak




Makin membesar makin macam2 gaya dan aksi yg si kecik tunjukkan.semenjak pulang dr kampung ni, Aliya makin petah bercakap. Al maklumla usia dh cecah 26 bulan mmg kanak2 sudah mula ade banyak vocabulary dan sudah semakin pandai memadankan suku kata walaupon masih banyak yg kami tak paham.
Sejak pulang, i selalu habiskan masa dekat bawah pada siang hari ini kerana banyak aktiviti yg melibatkan bahagian dapur pada siang hari jadi memandangkan bilik tidur bawah lebih kepada storage walaupon ade katil yg lengkap...anak2 tidur agak bersememeh keadaan tempatnya. Aliya pula kemana i pg itu dia nk ikut..asik mengekor saja..jadinya terjadila aksi tidur atas storage box dan tido berdiri hehehh kids!! Sungguh lucu lagak mereka.
Sekarang, day bed kami sgt fully utilize kerana anak2 tido siang kat sana. Alhamdulillah tak membazir investment kami kali ni. ..thehehe
Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, December 28, 2012

Rindu Tengok Wayang

Dahulunya... Waktu single dan waktu masih belum bergelar ibu, i sgt suka tengok wayang.boleh dikatakan setiap kali keluar mesti agenda utama tgk wayang. Seronok rasanya tgk dr screen besar.

Tapi setelah bergelar ibu, waktu tgk wayang adelah terhad...errr lebih tepat lg..tak ade!!ini kerana masa aliya kecik kami selalu keluar bertiga tp takkanla nak bawak budak kecik tgk wayang kan? Pernah hubs cadangkan tinggalkan Aliya kat babysitter dia then kuarla tgk wayang same2...i pulak rasa tak sampai ati..tinggalkan anak tp kami pg enjoylak...

Sekarang ni, baru je aliya nak besar, lahir plak adam..planning utk adam ni plak, mak toknya yg akan babysit adam...lagila tak sampai hati i nak tinggalkan adam kat mak semata2 kami nak g tgk wayang...tinggalkan adam mesti tinggalkan aliya sekali kan, lagikan  babysitter aliya i tak sampai hati nak menyusahkan dia jaga anak inikan plak mak mentua sendiri.

Masa hubs g race kat batam aritu, dia g tgk wayang ngan kawan2, siap seat besar n nengok 5D movie lg..sgt jeles k...wish will have more ME time....and baru sedar, sudah cukup lama tak kluar dgn girlfriends..masihkah i ade girlfriends??mcm dulu2...ntahla.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, December 20, 2012

Shoping di Toy 'R' Us

Ini gambar lama.. ALIYA msih kecil masactu. Sekali sekala kenang masa lalu.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, December 18, 2012

Selamat di Offshore, Kecelakaan di Onshore

Mendapat perkhabaran malang buat sekumpulan rakan2 sekerja hari ini mengenai kecelakaan yg menimpa mereka lewat petang semalam sekembalinya mereka dr laut (offshore) seraya dlm perjalanan balik dr menjalankan tugas2 audit utk project terbaru di perairan Sarawak menuju ke hotel penginapan.

Malang tidak berbau buat mereka kerana kereta yg mereka naiki telah bertembung dgn sebuah van dan telah mengakibatkan driver kereta meninggal manakala 4 lagi cedera..malang juga kerana salah 2 orang dr mereka adelah bekas boss i dan seorang lagi bekas rakan satu project. Menurut info dr rakan2, exboss i itu patah kakinya manakala ex rakan seproject pula mengalami cedera ringan di kepala.

Walaubagaimanapun, semua 4 mangsa adelah stabil dan beransur2 pulih. Kesemua mereka akan dipindahkan ke KL very soon,  i hope.

TAKZIAH buat mangsa dan keluarga mangsa yg terlibat. Maaf gambarnya tidak boleh dikongsi...jd gambar yg tertera adelah sekadar hiasan dan tiada kaitan dgn kejadian.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, December 17, 2012

Zairi Johan di Seligi Batam Light Downhill 2012

Semalam tarikh 16 Dec 2012, hubs telah menyertai race downhill yg kukira race terakhir atau penutup utk tahun 2012 ini. Kali ini try to go for international pula, biasanya race yg hubs join local saja seperti di Penang, Sabah, Pahang, Johor dan Selangor tapi kali ini cipta sedikit kelainan join race di Batam, Indonesia pula. Another step utk cipta nama dan spread kenalan dari negara luar.

Walaupon race pada hari Ahad, hubs dan rakannya Cik Man ke Batam seawal hari Jumaat..biasanya mmg begitu setiap kali race kerana hari Jumaat tu training suka2 utk biasakan diri dgn trek, manakala hari Sabtu tu biasanya hari training wajib dan seeding day dimana mata dah dicatat utk susun race keesokkan harinya. Manakala pada hari race pula terbahagi 2 kali race iaitu pagi dan petang. I kurang pasti kali ni mcamana cara pengiraan mata sb masih belum berpeluang berborak panjang pasal race dgn hubs. Tp yg pasti race downhill akan dikira catatan mata berapa seconds diambil utk habiskan satu treck tersebut.

Alhamdulillah syukur, kali ini hubs berjaya jadi Johan utk categori Master A (30-35tahun) . Utk race ini ade 5 kumpulan mengikut peringkat umur. Hubs berjaya mengalahkan 29 peserta yg lain dlm group Master A ini. Para peserta terdiri dr pelbagai warganegara dr negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Vietnam,Philiphine dan hubs adelah the only 2 riders dr Malaysia.

Hadiah utk johan adelah Medal dan 1.5juta Rupiah...hehe jadi jutawan segera..jutawan rupiah. Again, wang kemenangan hanyalah sampingan shj..yg penting joy, friendship dan glamour hhehehe...VIVA Pak Din (Ahmad Zairi).

Sorry gambar racenya ngak ade...

Published with Blogger-droid v2.0.8

Saturday, December 15, 2012

Bila Rindu Pada Suami part 2

Pantang di kampung. ..sekali lg long distance dgn suami and off course la Rindu pada si dia...moreover..weekend ni hubs ke Batam, Indonesia utk acara Race Downhill so communication adelah agak terbatas utk 3 hari ini starting Jumaat semalam.

Browsing thru gambar2 rumah kami (at the same time rindu kat rumah kami)...ternampak gambar katil bilik and mestila rindukan itu ehem2...sabar saja..nx week will be at home and "bersama" hubs will be another 60days++...kononnya nak pantang 100 hari but will see on the demand and supply later.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, December 14, 2012

Puding Caramel

Makanan yg dlm kategori wajib buat tatkala balik kg. Puding caramel kesukaan ramai. Hehe sgt simple cara buatnya, makannya adelah sgt sedap yea.ini juga mengigatkan kepada adik i Hajar kerana Haritu dia buat caramel jadi sira sb tak ikut step heehhe...

Resepi caramel:
5 biji telur
400ml susu cair
2 sudu gula
1sudu teh vanilla essence
(pukul sebati semua)

5 sudu gula
2 sudu air
(goreng tanpa minyak dlm kuali dgn api perlahan sehingga jadi caramel)

Cara:
Masukkan Caramel dlm acuan..tuangkan semua adunan dlm loyang..kukus hingga masak.

Sejukkan dan nikmatilah puding caramel anda..so good!!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, December 13, 2012

Instagram

Iye...lambat betul i naik keretapi Ni heheeh org lain dh berkurun pakai apps Instagram tp I baru nak terhegeh2 belajar huhui....

Bukan i tak tau pasal Instagram ni, Tp sebelum ni tak rasa fancy sgt function and features pada instagram ni. Tp sebab pantang ni kan boring So godek2la jugak instagram ni tp takde nak add kawan ke invite kawan ke ape just for fun je..

So far xdela i fancy naw-naw dgn instagram ni..just another medium for capture the Memories..

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, December 12, 2012

The First Years Breastflow bottle for Adam

Masa preg dulu persoalan botol susu ni dh timbul sekali tp i tak beli sb plan nak pakai botol medela yg set dgn breastpump tu. Hari kedua breast i bersusu, i dh train Adam dgn botol itu dan alhamdulillah no problem dgn penerimaan Adam terhadap botol tersebut.

Tp masa i riki2 spare part botol ni spt botol n puting costnya adelah tinggi n i tak suka muncung putingnya adelah tirus dan agak susah nak basuh.

Jadi i did survey botol2 susu yg ade dlm pasaran...terpesona dgn features dgn The First Years Breastflow bottle..test beli melalui OneBBWorld. Masa tgh considered tu i consider 2 brand iaitu 1) the first years ni and 2) Dr Brown tp since Dr Brown agak mahal i cuba the first year dulu. Maklumla ni kan nak cuba so baik cuba yg murah dulu kan.

Penerimaan Adam seams ok...dia boleh aje hisap dr botol tp i sendiri masih pelik dgn function and special featuresnya yg i rasa agak pelik dimana Adam minum agak perlahan berbanding botol Medela. Malah lebihan susu akan mengalir balik ke puting luar. Tp xleh judge ape lg sb baru 2 kali guna...kita try test seminggu guna dulu cmne baru boleh review pasal pro n cons dia.

Apepun...ape yg i risau sekarang mampukah i buat stock EBM utk Adam? Since sekali pump pon hanya dapat 2oz je sekarang ni. Xlebat cm dulu huhuhuh

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, December 10, 2012

Adam's 1 Month Check Up

Walaupun buat appointment kat KPJ Pakar Perdana utk Adam's 1 month check up..i rasa malas plak nk g jauh2...so pg je dkt klinik desa salor sb sgt dekat hanya 200 m dr rumah org tua..sambil bawak anak saudara utk checkup dan injection MMR satu tahun.

I mmg tak de prejudice ape pasal perkhidmatan di klinik desa walaupun Aliya dulu tak pernah bawak ke klinik desa, malah i rasa perkhidmatan mereka lebih baik dr perkhidmatan di Hospital Pakar cuma imunisasi injection diberi oleh Jururawat Masyarakat berbanding oleh Dr Pakar kalau pergi ke Hospital Pakar...tapi dr segi penerangan dan sebagainya Jururawat Desa lebih terperinci termasuk perihal rancang kekeluargaan.

Utk Adam:
Timbang berat 4.15kg (naik lebih kurang 1.3kg berbanding masa lahir)
Tinggi 54cm
Ukur lilit kepala..lupa lak berapa.
Satu injection utk Hepatatis B dos kedua.

Utk I:
Blood pressure 112
Berat badan 59.1kg ( turun 15kg dr sebelum bersalin) tp nak kena turun lg 10 kg utk berat ideal.
Kepekatan darah ok.
Kaki dah tak bengkak
Breast ok..susu ok

Apehal pon i rasa perkhidmatan dr klinik desa adelah baik dan sgt memuaskan..tak perlulah ke klinik pakar utk perkhidmatan seperti ini..tak perlu spend duit (utk i mmg company cover) . Percayalah anda akan puas hati dgn khidmat yg di berikan...Alhamdulillah syukur!!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, December 9, 2012

Kenduri Durian

King of the Fruit....itulah durian. Sekarang ni musim buah..berada kat kg pada musin buah adelah sgt heaven k.

Salah satu buah yg mmg "i would never say no to" walaupun tgh berpantang ni adelah durian...yezza sgt best. ..last week masa hubs ade dah kenduri satu longgok..semalam kenduri lg selonggok...mungkinkah jadi project durian creep yg jadi kegilaan ramai tu? Maybe kot!!!

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, December 7, 2012

Lagenda Budak Setan

Myb sebab dh lama tak berminat baca novel cinta...begitu liatnya nak menghabiskan baca buku ni....it has been 2 weeks since i started...baru kat page 50+++ ish....

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, December 6, 2012

Aliya dan Baju Kebangsaan Korea.

Anyohaseyo means greetings in Korea.

During my last visit to Korea last Dec 2010, i beli baju kebangsaan korea utk Aliya. Niat sebenar beli adelah utk (1) aliya pakai casually dan yg paling utama (2) utk masukkan dlm frame dan jadikan wall deco...hehe

Setelah 2 tahun berlalu, semalam cuba pakaikan Aliya dgn set baju tersebut...emm kejap aje lekatnya. Sibuk nak bukak balik...alamat di framela tempat baju tu. ....apepon i puashati dgn survenir ni...susah nak dpt kat cni kan...there are memories visiting Korea..

Project buat frame soon...nak buat batik sekali yg bunik hadiahkan dulu..soon i will update about it.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, December 4, 2012

Jualan akhir tahun Jawhari Jati

Sekarang sampai 1 January 2013 nti...Jawhari Jati akan mengadakan sale di setiap cawangannya. Kebanyakan stok yg ready stok akan dijual dgn harga diskaun. Utk rumah kami kami tempah 2 benda dr Jawhari Jati seperti yg telah i cerita dlm entry2 lepas, iaitu sofa set dan grandfather clock.

Selaku friends di FB, secara automatik segala update pasal sale dan promosi akan i tahu. ....melalui FB photo, banyak perabut yg menarik yg dipromosikan...namun setakat ini belum ade yg perlu di ketengahkan walaupun yg berkenan adelah sgt banyak yea...

Sekarang i masih dlm pantang, insyaallah kalau ade kelapangan duit dan waktu akan kami lawat cawangan barunya di Senawang utk menikmati Promosi hebat mereka juga melepaskan "nafsu" memenuhkan perabut rumah dgn cermin dinding dan console table utk diletakkan kat  tepi meja dining hehehe

Owh....kalendar 2013 diberi percuma boleh PM adress inbox FB Jawhari Jati.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, December 3, 2012

Bujin Johan Piala Seri Endon 2012

Walaupun semalam dh update kat entry semalam,still nak buat entry khas utk kejayaan bujin atas kejuaraan utk piala seri endon semalam.

Bertempat di KL Convention Centre semalam tempat pertunjukan fesyen utk competition piala seri endon 2012. Seperti yg diharap2kan...Bujin telah muncul juara utk acara tahun ni utk categori fesyen...walaupon utk acara hiasan dalaman hanya dpt tempat saguhati, tp kegembiraan johan acara fesyen dpt menebus segala penat lelah selama ni.

Bawa pulang rm30k wang hadiah dan piala kejohanan...juga bisnes beribu2 hehehe banyak dpt tempahan juga...TAHNIAH buat Bujin, umi Azizah dan team.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, December 2, 2012

Bujin dan Piala Seri Endon 2012

Bujin atau nama sebenarnya Amir Harith merupakan kawan adik i errrr boyfriend for 7 years actually. 2012 ni merupakan tahun yg ke 4 atau 5 bujin masuk pertandingan batik Piala Seri Endon kalau tak silapla... Syukur setakat ni setiap tahun dapat ke final tp belum ade rezeki utk jadi juara lg.

Berbeza dr tahun sudah, tahun ni, bujin menyertai 2 kategori (1) pakaian dan (2) hiasan dalaman. Bujin merupakan pereka design manakala uminya selaku pereka fesyen dan jahitan. Pada i design tahun ni mmg sgt cantik dan semua "pakat2" berdoa supaya rezeki memyebelahi mereka tahun ni.

Hari ini merupakan hari finale pertandingan tersebut. Adik i pergi juga ke kl dr port dickson utk bg sokongan moral terhadap pasukan bujin. Insyaallah ade rezeki tahun ni dpt kedudukan tertinggi. Ade rezeki lagi kami dapat merasa gulai lembu sb mereka bernazar kalau menang nak kenduri lembu...

Utk Bujin dan team: All the Best.
Pardon me gambar amik dr FB adik bujin saja.
Update terkini keputusan....utk categori fesyen...tempat pertama. Utk categori hiasan dalaman....saguhati...tahniah

Published with Blogger-droid v2.0.8

NUFFNANG

Sarapan Pagi di Kopitiam Kita

Kali ini berkongsi perihal pengalaman sarapan pagi di Kopitiam Kita, iaitu salah satu spot tersohor di Kota Bharu utk sarapan pagi ( ini ker...