Wednesday, October 31, 2012

Goodbye to Almost 2 Years Rumah Sewa

We started stay at Pan Vista from April 2011. Initial stage it was for temporary time..but was extended due to continuation of my assignment. It was a convinience place to stay since the House is about 900m2.

Yesterday was the last day we stay there. It was soo hectic day. We already Transported out most of our Things to our home at BSP. .but still a lot of things left behind specially kitchen utilities.

Luckilly hubs was around due to meeting arranged on the monday,  so instead of packing alone, i got a very nice assistance.

I am a bit emotional leaving the house. ..because that was the place where we buit our family..where we raise Aliya...place where Aliya learn how to crawl..learn to walk...learn to laugh. ..learn to love. ...so called a place to remember....

Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, October 30, 2012

Aliya Anak Mama

Haha lama jugak tak post video Aliya.

Hari raya haji lepas pon ade buat cake cutting ceremony sempena birthday dia yg ke dua.

Sekejap je dh besar dia. Alhamdulillah

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, October 29, 2012

Gantian Perabut Jawhari Jati

Post yg lepas, i ade share mengenai Tempahan Perabut dr Jawhari Jati , kesinambungan dari ceritanya ade i ceritakan dalm entry Sofa dan Grandfather Clock , i ade kata nak complaint pasal kuisyen yg di hantar tak sama dgn yg dalam catalog.. jadi i logged complaint dkat owner kedai pasal hal ini..

ade 2 benda yg i tak puas hati pada masa tu, (1) kuisyen yg tak tebal, (2) meja kopi yg uneven kakinya. pada asalnya , owner kedai berjanji utk ganti kuisyen dan akan letakkan mcm rubber kat kaki meja. tp 2 minggu lepas tu bila kuisyen dah siap, berlaku sedikit crack pada tiang kerusi, lantas i cerita masalah ini pada owner dan mereka setuju utk gantikan satu set sofa dgn set yg baru. terkejut jugak sb dia sanggup tukar dgn set baru. jarang kedai nak buat cmtu. 

after dlm sebulan gitu , perabut pon siap. dan semalam delivery telah dibuat. kali ni agak puas hati (1) kuisyen sgt tebal...(2) meja kopi  dh even, siap ade additional glass kat atas meja.(so sekarang ade lebih satu tempered glass kat rumah) ..tapi masih lg tak puas hati 100% sb kuisyen sandarnya tak rapat2 sebijiik cm catalog tp at least dh 80% puas hatila.






Sunday, October 28, 2012

Pemasangan Kitchen Cabinet by RS Interior

Shoe Cabinet
Wet Kitchen (use ABS Melamine) 
Dry Kitchen (use Solid Wood) 
Dry Kitchen Before (table top concrete) 
Wet Kitchen Before (table top concrete) 
Post yg lepas i ade bercerita mengenai quotation utk kitchen cabinet. Seperti yg mereka janjikan,semalam mereka dtg pasang seperti yg telah kami persetujui.

Team mereka datang seawal 10pg. .tanpa melengahkan masa terus punggah barang ke dapur termasuk tools utk mereka buat pemasangan. Ade 3 org saja yg dtg..awalnya 1 pasang kabiner kasut.. 1 pasang dry kitchen kabinet. .1 pasang wet kitchen cabinet. pastu lepas shoe cabinet siap, seorang tu sambung buat kitchen cabinet plak. Seperti yg i terangkan dlm entry lalu kami pilih abs melamin utk wet kitchen..solid wood utk dry kitchen dan perfotied door (harap betul ejanya) utk shoe cabinet.

Tempoh pemasangannya adelah dr pukul 10pg dan siap pada 6ptg. lama sb i perhatikan mereka sgt teliti buat kerja. Rehat setengah jam waktu lunch. .so seharianlah kami kat rumah. syukur, sb i baca dr blog2 org lain ade gak yg ade masalah pintu tak ngamla, dtg lambatla ..tp i tak menghadapi masalah tersebut dgn team RS ini. walaupon lama tempoh pasang, tp pada i end productnya adelah sgt memberangsangkan. It is not value for money but worth spending. So as of now...barang2 besar semua dh lengkap. Alhamdulillah.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, October 26, 2012

Aidiladha 2012







Tahun ni 2 tahun berturut2 beraya haji kat kampung hubs. Bezanya kali ni sembahyang raya kat taman perumahan kami lepas solat baru ke rumah keluarga mertua. Dlm pukul 1000pg sampai kat kawasan perumahan mertua. Terus ke surau Berhampiran utk tgk acara korban.
Agak teruja bawak Aliya tgk korban sb taun ni kali pertama dia tgk upacara ni  since tahun lepas dia masih kecil Baru berumur setahun. Aliya agak teruja tp takut2 jugak bila dgr bunyi lembu. Ade 10 ekor lembu semua utk dikorbankan. Insyaallah tahun2 depan raya akan jadi lebih bermakna.
Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, October 25, 2012

Makan di Restoran Pak Soh Stulang Laut

malam tadi adik belanja makan malam kat Stulang Laut. i selalu gak makan kat Stulang Laut atau Stulang Darat tp tak pernah makan kat kedai mkn ni. restoran Pak Soh, mungkin lokasinya yg bersebelahan dgn restoran cina tu yg membuatkan i terlepas pandang kat restoran ni.

makannya sgt sedap dan unik kenapa kata unik? sb utk udang butter, mcm udang dan butter dibungkus sekali, makannya pon sgt sedap. Siakap stim plak kuahnya dicampur dgn susu cair, tak rasa susunya tp rupanya jadi unik, warna putih. rasa mmg sedap. spoill sket bila bab air. i order jus tembikai tp tembikainya tak berapa byk kurang rasa jusnya.

harganya boleh tahan jugakla. utk dinner semalam Ikan stim seekor, Udang butter (2pax) , sup daging (2 pax) , kailan ikan masin (2 pax) , nasi (3 pax) , air tembikai (2 pax) , teh ais (1 pax) semuanya RM90. mahal ikannya kot.. hehe ape pon sedapla mkn mlam tadi, lebih sedap sb free hehehe.

Udang Butter Osem

Siakap Stim Limau

Wednesday, October 24, 2012

Aliya is 2

Yesterday, Oct 23rd Aliya si kecik ni dh genap 2 tahun. aktiviti semalam takde ape2 yg bertemakan birthday...cuma Aliya travel from KL to PG jer. simple celebration insyaallah raya haji ujung minggu nti.

so tempek gambar sajalah buat kenang2an dia dh 2 tahun.

Tido sementara tunggu travelling from KL to PG 

Budak cute (at least i think so) 

Main gelongsor dlm kereta

Tuesday, October 23, 2012

Tempahan Perabut HOMELIFE

Fav suami: katanya unik ade lekuk utk tempat duduk
Tv Table (cabinet) + pull out coffee table
4 seaters sofa (Pu leathers) 
Dressing Table with stool (stool not seen) 
Wardrobe
Queen Set Bed with Bedside table 
Ini cerita lama tp gembira ingin i kongsi bersama2. Perabut pertama yg kami tempah adelah dari Homelife cawangan Johor Bahru. Begitu jauh sekali kan. Ini kerana terpengaruh dgn offer yg mereka buat masa jalan2 di Jusco Bukit Indah haritu.

Pakej yg ditawarkan adelah complete set bilik tidur ie katil dgn tilam..bedside table..dressing table with stool..almari pakaian. Set living hall iaitu sofa 4 seaters L shape..tv table dan coffee table..dining table marmar 6 seaters..semuanya berharga rm9000++ gitu.

I amik pakej ni semua tapi hubs tak setuju dgn dining table marmar set tu. Sb kami lebih cenderung utk dapatkan set solid wood sb solid wood pada kami lebih cantik. So kena tambah beberapa ratus. .i dh lupa berapa tp kalau rak silap rm300 utk tukar set dining tersebut. Ia menggunakan kayu Getah. Delivery charge dr JB ke Seri Putra adelah rm800. Jadi semua setnya rm10,000.

Pada mulanya i rasa agak ralat n rasa mahal. Tp setelah jalan2 kat tempat lain kami rasa yg kami beli tu agak berbaloi juga bak kata hubs. Sb utk sofa yg sama mencecah juga rm4000. ..set bilik tido pon agak mahal juga utk model yg lebih kurang sama. Entahla... Dh beli pakai aje sampai lunyai hehe..
Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, October 22, 2012

Meeting dan Makan

bfast
lunch
Yes!!itulah yg berlaku dalam organisasi i, Setiap kali ade meeting mesti ade makan2 lepas tu. Hehhhe kalau dkat fabrication yard mesti makan yg berat2 seperti nasi dgn lauk kalau petang mee bandung ke mee kari ke sup tulang ke hehehe....maklumlah contract beratus juta mestila semua mau mewahkan. ...
Haru ni meeting di project office kat Citibank tower..dh banyak kali meeting kat sini tp tak pulak booking makan, harini si Mas tu yg order..al maklumla kat kl kan mesti nak fast saja...makan pon fast food...breakfast Subway dan lunch ayam Nando's. Alhdulillah keje satel,  perut pon kenyang. Murah rezeki.
Published with Blogger-droid v2.0.8

Sunday, October 21, 2012

Like Auntie Like Niece

Mama Lala
Aliya
Biasanya anak2 akan lebih cederung utk serupa dgn mak atau ayahnya. Mmg tak dinafikan Aliya serupa dgn i tapi ade org lain yg lebih serupa.
Terkejut seketika tgk gambar adik bongsu hubs diketika dia sebaya dgn Aliya sekarang. I sangkakan Aliya adelah sebijik muka I, tapi muka Mama Lalanya lg sebijik muka Aliya. Sampai Aliya sendiri kata gambar itu adelah dia.
Published with Blogger-droid v2.0.8

Friday, October 19, 2012

Teluk Chempedak Downhill Challenge 2012





Pada awal bulan hari tu, during the weekend hubs ade ke TC utk acara tahunan Downhill. Mungkin sb hari tu Downmall kat Batu Pahat hubs dpt rewards so this time pergi dgn semangat yg sgt berkobar2. Hari khamis lepas office dh gerak dr KL. tido semalaman kat Permas then besoknya Jumaat pagi2 lg dh gerak ke Kuantan.
Utk qualification atau mereka panggil seeding , hubs dpt no 3. Quiet awesome gak, dgn harapan yg tinggi myb besoknya masa race hubs jatuh disebabkan oleh trek yg locin sb hujan mlm tu . Dia jatuh ke tempat ke 6. Agak kurang bernasib baik kali ni. Tp takpe boleh cuba lg lain kali. Yg penting penyertaan dan semangat setia kawan.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 18, 2012

Dekorasi Ala Arab, Teko Panjang

asalnya hubs nak deco rumah ala2 Morocco Style gitu. angan2 nya nak lampu morocco , perabut morocco hinggala yg lain2 sekali. tapi, penat servey mmg tak jumpa ape yg diidam-idamkan kalau jumpa yg close pon , kami tak puas hati dari segi materials ataupon saiznya.


fighting the time, kami decided utk perabut dan lampu rumah hanya amik g design simple; perabut Kayu Jati dan downlight yg biasa saja. tapi hubs tak puas hati lagi, mau jugak sedikit sentuhan dekorasi yg ala2 morocco ni. 

sedikit ralat kerana tak beli teko pot arab masa kami ke Makkah dulu, lebih kurang SR100 ~ RM83 tak sangka kat sini mmg susah nak cari kedai yg jual dekorasi ala2 arab ni. namun masa kami jalan2 kat Nilai 3 tempoh hari, terserempak satu kedai yg baru buka jual dekorasi ala2 arab ni. singgah sejenak, manatau jumpa ape yg dicari. 

Dari luar kedai teko nya nampak mcm grand . tapi apabila kami amati, agak tidak berpuashati kerana workmanshipnya..terasa materialnya terlalu nipis malah ukirannya juga tidak terlalu kemas dan tidak terperinci detailsnya. harganya juga agak mahal bermula RM400 keatas bergantung pada saiznya. teko ini sebenarnya lampu. bila on lampunya itu tidakla terang tapi cantik juga bila cahaya keluar dr ukiran2nya itu.. tp kami rasa kalau beli masih belum worth for money.. 

jadi kesimpulannya, pencarian masih diteruskan. 



Wednesday, October 17, 2012

Public Gold Sdn Bhd antara Firma Pelaburan Tanpa Kebenaran

Terkesima juga dgn headline dr Berita Harian harini. Sejak kebelakangan ni kan sibuk pasal perniagaan berbentuk pelaburan yg tidak mendapat kelulusan dr Bank Negara. Harini timbul lg dlm berita, disenaraikan lagi sembilan agency atau company yg meniaga tanpa kelululsan dr Bank Negara.

Antara companynya adelah Public Gold Sdn Bhd.  hubs dgn i mmg ade gak melabur dlm Public Gold ni. Tak de la banyak sikit2 aje utk masa depan kami dan anak2 je. Iyela, emaskan lg besar nilainya berbanding dgn wang kertas atau bank note ni. Nilainya juga sentiasa naik. Berita td mmg buat kami ralat juga. Tapi bukanlah dikatakan PB ni menipu. Cuma perniagaan nya yg tidak dapat kelulusan dr pihak Bank Negara. So far semua msih ok lg cuma masih mencari2 maklumat ape concequences dr isu ini.

Mudah2an tak ade masaalah. AMIN.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Cuci Mata di Fella Design

My favourite Cuti perayaan Deepavali pada 18 October lalu, kami saja2 singgah Fella Design..tujuan asal nak cari topper utk tilam tetapi ber...

NUFFNANG