Monday, March 25, 2013

Sate Kajang Haji Samuri






Walaupon kami pemastautin Kajang, tak pernah lagi ke Sate Kajang Haji Samuri. So semalam Sunday balik dr Tesco Kajang kami singgah makan kat sate hj samuri.
Ramainya org kat sana..nak dapat parking spot pon problem.nasib baik sekali pusing aje dh ade tempat kosong. Rezeki kami gamaknya. Parking fee stated rm1 per entry tapi masa kami keluar tak ade pon org mintak bayar so kami terus balik je.
Sistem ordernya adelah sebut no meja dan terus ke kaunter utk tempahan dan bayaran. Tunggu saja nti makanan dan air minuman akan dihantar ke meja.Sgt senang n pada i agak systematik..have to do like that sb kedainya besar dan orgnya ramai.
Kami makan 3 jenis sate ie sate perut rm0.70, sate ayam rm0.70 dan sate kambing rm1.40. Ade lagi pilihan lain iaitu arnab. ..rusa..hati ayam dll tp tak pula kami cuba..lain kali mungkin.
Secara overallnya ok. Cuma i kurang gemar kuah kacangnya yg pada i tak crunchy maklumla dr kecik makan kuah kacang yg mek buat sgt rangup jadi agak kurang suka kalau tak rangup kacangnya tp still overall adelah recommended. So..sempena cuti sekolah ni bolehla cuba makan sate sebagai destinasi jelajah 1 Malaysia anda.
Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, March 20, 2013

Kerusi Urut @ Massage Chair

Semenjak dua menjak ni i asik dok me-riki2 kerusi urut ataupon massage chair. Luxury treatment? No!! i lagi suka kalau berurut dgn orang compared to berurut dgn kerusi...tapi kekangan masa yg membataskan utk ke tempat2 urut dan kesukaran utk mencari tukang urut yg best telah membuatkan keinginan utk memiliki kerusi urut sgt berkobar2.

sepanjang pengkajian i (online) pasal pilihan2 kerusi urut adelah seperti dibawah:

1) OSIM
pilihan tak berapa banyak. cuma ade 3 pilihan. yg paling best adelah uDivine App tapi harganya mak aih...RM16k +/-. 



2) OGAWA
Ogawa offers a quiet varieties range of massage chair. tapi yg paling kena dgn needs i adelah SMART MATE. pada i ianya kelihatan minimal dan tak akan makan banyak space. sayangnya  harga tak terdapat dari websitenya. kena pergi ke outlet mereka utk harga dan visualization. tapi still i tagged this one.

SMARTMATE
  
Takasima hanya ade 2 type of massage chair iaitu Y EnAmore dan Livia Isofa. menarik juga tapi sorry Mr T, tak meet my requirement plak. beside tak de banyak pilihan jadi agak tak puas hati ape yg dioffer. harga tak jumpa plak masa survey online.
Y-EnAmor II Massage Chair

Gintell ni  mmg best sb kalau nengok dr range yg di offer adelah pelbagai...dr yg tersohor octopus hingga yg biasa tu agaklah macam2. harga yg paling minimum tu RM 3300+/- siap ade free magnetic bicycle lg. tapi banyak2 i berkenan yg ini , De Harmony ..RM 4600+/- . tapi kalau ikut ini harga special online. ni no 2 yg i jatuh hati. perlu pergi kedai nya utk keterangan lebih lanjut.

insyaallah , kalau kena dgn gayanya dlm 2 minggu lg beli kalau jadi. 

Saturday, March 16, 2013

Suplement utk Membantu Penghadaman.

Since young lg i mmg menghadapi masaalah dalam penghadaman...lebih direct lg...susah nak berak. Biasanya 3-4 hari sekali baru berak. ...makan banyak setiap hari tp bayangkan berak tak setiap hari plak huhu. Jadi bila masa nak berak tu sgt seksa tp belum tahap berdarah....syukur setakat ni masalah sembelit je yg jadi buasir tak pernah.

Beranakkan aliya 2010 lepas takde masalah sembelit yg sampai berdarah2 bontot masa berak...tp beranakkan adam 2012...i menghadapi masalah sembelit yg teruk sampai berdarah2 bontot. ...mesti sakit sampai keluar air mata setiap kali berak..nasib baik ianya bermula selepas pantang kalau dlm pantang mau terkoyak balik kat bawah tu...tp sakitnya terasa jugakla.

I perhatikan ianya berlaku bila i amik semua suplement Shaklee set confinement tu...iye kenapa i cakap gitu...sb dlam 2 minggu kebelakangan ini i hanya ambil suplement :
1) shaklee vit c
2) shaklee alfalfa
3) shaklee vita lea
4) seven sea cod liver oil.

I observed, I berak setiao hari sekarang ni. Happy ok..itula pengalaman i mungkin berbeza orang berbeza plak caranya. Well pada yg bermasaalah spt i. .bolehla cuba..rasanya worth it utk kesihatan sendiri.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Thursday, March 14, 2013

Flower & Baby Toilet Set From GPS

Balik dr ofis semalam agak terkejut bila sampai umah mak,  hubs bgtau ofis ade antar parcel token sempena kelahiran Adam. That is a bouque of flower and baby toilet set. A simple token aje. Tapi a big surprise sb tak expect Pon company hubs akan bagi something utk adam.

This is a small appreciation tp make staff fell happy.  i rasa kalau sapa2 yg adr company sendiri bolehla buat so called things like this utk gain loyalty ans happy working environment.

Ape pon thank u GPS.it is a lovely bouquet of flower and i love it.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, March 11, 2013

Warung Nasi Kerabu Su, Kadok Kelantan

Weekend lepas balik ke kampung utk melawat ayah yg dh dipotong 2 jari kaki akibat diabetis sambil melawat keluarga kakak ipar yg baru kematian bapa pada hari jumaatnya. Balik kg kali ini agak pendek masanya jadi acara jalan2 cari makan sukar dilaksanankan. Cuma sempat singgah kat satu gerai ni je iaitu gerai su nasi kerabu Di kadok.

Melihatkan pada kunjungan pelanggan yg dtg kami put really high expectation terhadap gerai tersebut..katanya mesti sedapni. .kami order nasi kerabu daging bakar tambah solok lada n telir masin...kesimpulannya pada i rasanya boasa saja. Hubs kata dia manis2 ke semua ni...telur masin juga kurang power. Tp okla cuma mungkin bukan citarasa tekak kami. Tp makan je.

Harga nya bermula dr rm 3. Picture diatas adelah senarai harganya. Pada i ok je...cuma tak murahla. Harga makanan di kelantan sekarang tidaklah semurah dulu mungkin kerana harga bahan mentah juga sudah mahal. ...apakah kemungkinan harga komoditi pada masa akan dtg? Wallahualam....

Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, March 6, 2013

Renew Insurance dan Cukai Jalan Kereta

9 March adelah birthday kereta i myvi...dah 4 tahun si putih comel dibawah jagaan i since she was born. Hhhehhe unlike birthday anak sendiri, birthday kenderaan adelah wajib dicelebrate dgn bayar insurance dan cukai jalan. Ade few channel utk bayaran insurance dan roadtax seperti melalui agent, online myeg atau lakukan sendiri spt yg akan i kongsikan hari ini.

Sebelum ini i mengambil policy insurance dr Kurnia. Jadi i mempunyai axcess ke my own account dlm Kurnia Insurance.  Dlm system itu mmg dh siap2 dia sediakan quotation utk insurance policy tahun seterusnya. I comparekan dgn company2 lain yg offer..kesimpulan yg boleh i buat...semua quotationnya adelah sama sahaja bergantung kepada jumlah coverage dan additional atau optional item yg kita ambil. Dlm conteks myvi ini i amik policy coverage rm35k dan additional windscreen coverage rm600 sebanyak rm90. Dan issurance diri caruman sebanyak rm 78. Tolak discount semua jumlah perlu bayar lebih kurang rm 1300. Owh ini adelah harga with NCD 0% ...ini kerana NCD myvi telah dipindahkan ke wish july yg lalu.

Bila dh confirm dan dh buat pembayaran melalui internet banking FPX, insurance polocy itu ready utk dicetak dan pembayaran roadtax boleh dibuat di pejabat pos. Utl buat pembayaran road tax di pejabat pos..harus diingat MESTI bawa geran kenderaan. .tp kalau renew kat kiosk myeg tak perlu bawa kerana myeg ade link direct ke JPJ. harga road tax setahun adelah rm70 + rm2 processing fee pos office charged.
Jadi itulah caranya sgt senang. Kata orang lebih senang pakai myeg sb dia terus poskan kat rumah...no hassal...tp since myeg connection kadang2 padam tiba2...page error tetiba..i choose not to use it.beside takde KURNIA dlm list myeg.
Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, March 4, 2013

Borong De Salma dr Koleksi Mawar

I ni jenis manusia yg tak pandai nak beli tudung mahal2. Terasa sgt rugi jika beli tudung yg mahal walaupun mungkin kualitinya adelah bagus. Salah satu faktor adelah i jenis malas nak jaga elok2 mean basuh tangan bagai,  main campak je dlm washing machine, jadi kalau beli yg mahal2 syg plak duit.definisi mahal adelah above rm30 harharhar kokak kan i ni?

Utk design plak, walaupun ade beratus2 design tudung di pasaran sekarang ni...nak pilih yg berkenan dan sesuai dgn penggunaan serta budgetnya pula amatlah sukar...jadi setelah mengenali Koleksi Mawar melalui facebooknya, i mula riki2 FB nya dr hari ke hari. Setelah lama akhirnya ade koleksi ni yg betul2 berkenan dihati malah sesuai plak dgn budget.

Yg i beli ini adelah dr De Salma eksklusif. Survey2 jugak pasal testimonu De Salma ini dan rata2 berpuas hati dgn kualitinya pakai pon sedap katanya. Since KM tawarkan beli borong 10 pcs dan boleh campur 5-5 dr album yg berbeza, i mulala riki yg range lain selain dr De Salma...malangnya yg i berkenan tu adelah berawning keras..wich is i rasa sgt sukar nak jaga...jadi i amik 5-5 dr range De Salma. Kenapa borong? Sb ianya sgt murah k. Bayangkan utk De Salma ini harga sehelai adelah rm40 sehelai tp boleh dpt borong rm28 sehelai. Berbaloikan.

Utk harga,  satu set bently(awning denim gelap) rm27 per pcs dan cinta suci (awning berwarna) rm28 per pcs. Berbaloi? Iye memang berbaloi. Delivery amat cepat tp harus diingat KM hanya membuat penghantaran pada Isnin,  Rabu dan Jumaat tengahari shj. Pakai pos laju jd Sekejap je dh sampai.

Published with Blogger-droid v2.0.8

NUFFNANG

Sarapan Pagi di Kopitiam Kita

Kali ini berkongsi perihal pengalaman sarapan pagi di Kopitiam Kita, iaitu salah satu spot tersohor di Kota Bharu utk sarapan pagi ( ini ker...