Sunday, May 19, 2013

Bak Choi bersama Sos Tiram

Berkongsi resepi yg paling simple tp antara yg paling i suka makan. Iaitu Bak Choi bersama Sos Tiram. Bahan2 dn cara buat adelah sgt senang.

Bahan:
Sayur Bak Choi
Sos Tiram
Kicap
Minyak Bijan
Bawang Putih
Halia
Minyak Masak
Serbuk Perasa @Garam
Bawang Goreng

Caranya:
Tumis bawang putih dan halia yg dicincang, masukkan sos tiram,kicap dan minyak bijan. Campurkan sedikit air dan perasakan dgn serbuk perasa atau garam. Celurkan sayur bak choi dalam air panas yg mendidih selama beberapa saat.

Aturkan sayur di atas pinggan hidangan dan tuangkan sos tiram yg dimasak tadi keatas susunan sayur bak choi. Taburkan bawang goreng utk mencantikkan hidangan. Sedia utk dimakan. 

Cubalah, sgt sedap. 

Thursday, May 16, 2013

E-MOOK

Anda tahu mengenai e-mook? E-mook ni adelah buku or catalog sebenarnya. Dtg dari Japan i tak pasti samada di jepun dh berapa lama wujud. Tapi di kl ini rasanya tak ramai yg tahu.

Kandungan paketnya adelah catalog barangan dan disertakan sample barangan dr jenama tersebut yg banyak ade kat sini paket bag dan catalog. Contoh paling famous e-mook adelah COACH..within 1 week after my last visit to Kinokuniya KLCC, stok yg banyak dh licin habis waaaa betapa ramai yg minat jenama coach ni. Furla juga habis.

I pergi tengok je ape bendanya agak menguirkan tapi bila tengok samplenya rasa mcm syg plak duit nak spend dlm rm70 utk barangan yg i rasa tak sesuai dgn harganya. Tp terpulang pada masing2. Pada yg berminat, boleh beli di Kinokuniya KLCC..terus ke bahagian Buku Japan.

Monday, May 13, 2013

MEDELA FREESTYLE Breastpump Battery Problem.

continuation dari cerita manual breastpump semalam, ade yg bertanya ape sudah jadi pada Medela Freestyle i? terima kasih pada ygg sudi bertanya. Jawapannya adelah , batery MFS tetiba blinking mcm battery exhausted, bila charge pula tertera "bAtt" blinking tanpa charge masuk. i dah cuba keluarkan battery dan masuk balik tp tak berhasil.

so i Google cara nak solve the problem, rupanya banyak juga mommies yg menghadapi problem yg sama. 



so i google for the trouble shooting , and found out the solution in eHOW : How to Troubleshoot a Freestyle Medela Breast Pump. Ape yg i buat adelah, biarkan pump charged utk 24jam. alhamdulillah battery dah kembali normal.so pada yg mengalami masalah yg sam, jgn panik!  bolehla cuba cara I buat. 





Sunday, May 12, 2013

Manual BreastPump AVENT

entry ini khas buat bakal2 ibu terutamanya. pastinya salah satu essential list adelah breastpump kan. macam2 yg bakal jadi pilihan , semestinya hampir semua mengimpikan MEDELA FREESTYLE kan? MFS mmg ultimate yg paling bagusla tapi harganya juga bole tahan. pada yg kurang mampu mesti pening juga nak beli breast pumpkan. 

Jgn pening2 lagi , disini I nak share satu manual pump yg mana pada I sgt effective dan value for money. itu adelah Manual pump AVENT. jgn pandang breastpump ini sebelah mata, pada i suctionnya lebih kuat berbanding MFS. dalam masa beberapa minit saja dah penuh  4OZ. mesti ramai yg kurang gemar kena buat manual kan? sebenarnya ianya tidak sukar. kalau pump waktu breast separa penuh ke penuh, 2,3 kali pump dgn tangan dh boleh release. dia akan continue suck berbeza dgn MFS yg akan suck -release-suck - release (pumping) .

antara kelebihan lain adelah, sungguh senang untuk basuh parts nya dan juga ringan utk dibawa kemana2.harga pasaran adelah RM 260 ++. 


Thursday, May 9, 2013

AWEKS SMIP






sy sebenarnya ingin terus berbincang bersama2 dgn Whatsapp mengenai isu ini, tapi terfikir mungkin boleh menganggu emosi rakan2 yg lain jadi adelah amat molek sekali bercerita panjang lebar disini, tidak mengganggu org lain dan kepada yg mempunyai pendapat berbeza, boleh tekan je CLOSE button. 

halnya berkenaan Dakwat Kekal yg tidak kekal itu. boleh refer kepada snipit-snipit di atas. 

apa itu dakwat kekal?

"Dakwat kekal" (indelible ink) bererti "tidak dapat dihilangkan". Tanda dakwat kekal biasanya kalis air dan tahan selama beberapa hari, atau hampir seminggu.[1] Tanda ini akan hilang apabila sel kulit lama mati dan digantikan dengan sel kulit baru, oleh itu sebarang tanda pada kutikel dijamin hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Namiun begitu, sesetengah dakwat kekal memiliki jangka hayat simpanan yang pendek kerana pelarut yang digunakan cepat terpeluwap.

Di Malaysia, dakwat kekal juga dikatakan mampu menghalang penyempurnaan wuduk bagi orang Islam yang memerlukan air wuduk rata ke seluruh bahagian tubuh yang dibasuh.[3] Bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan selepas menguji dakwat terbabit memutuskan bahawa dakwat itu tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.[4][1][3] Hukum dakwat kekal berasaskan argentum nitrat adalah harus dan dibenarkan.[5][6]  - SUMBER http://ms.wikipedia.org/wiki/Dakwat_kekal.

sb ade dakwaan menunjukkan dakwat kekal ini tidak kekal seperti sepatutnya min 3,4 hari sehingga 7 hari, lalu rakan yg curious mula bertanya utk mencari jawapan. pada yg terus menjawab " habis tu xnak tanggal sampai bila ? sampai PRU 14 ke?" itu pada sy bercakap tanpa berfikir.. perbincangan yg sepatutnya menjadi suatu perbincangan ilmiah sesama rakan jadi tidak kemana dan saya anggap, tujuan asal rakan yg cuba menimbulkan isu ini utk dibincang bersama terbantut tanpa mendapat ape2 jawapan yg munasabah. 


dari kecil, adelah sifat semulajadi manusia utk mengetahui ape yg berlaku disekeliling , mendapatkan jawapan terhadap ape yg berlaku. lihat saja sifat anak2 yg baru pandai bercakap, dia kan tanya ape itu? kenapa mcm itu ? bagaimana jadi mcm itu ? dan sebagainya dan ianya adelah sebahagian dr fitrah hidup manusia. jadi pada sy org2 yg "mengisukan/bertanya" berkenaan dakwat kekal ini tiadalah salahnya kerana sudah sifat semulajadi manusia mencari jawapan terhadap ape yg mereka tidak faham. itu juga yg kita pelajari dr ibu bapa kita dan juga guru2 serta pensyarah2 tak tau sila tanya . ayat straight forward sy: kalau tak paham, tak nak bertanya malah marah pulak dkat org yg bertanya, maka bodoh besarla org yg marah itu.


Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

 yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink

 Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan 

dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta 

hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan 

bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh 

syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air 

untuk sampai ke kulit apabila digunakan. 

Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia 

tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.

so bila anda ingin mengemukakan sesuatu hujah,ter utama soal halal / haram/ makruh dan sebagainya lain kali buat pengkajian dulu. Jgn terus melulu . sb sifat yg begini menujukkan anda (mintak maaf cakap) tidak bodoh tp kurang cerdik.  

sy tidak tahu anda, tapi pengalaman sy sendiri , dakwat kekal ini hilang selepas basuh dgn air dan sabun dalam lebih kurang 3 jam selepas balik dr mengundi. jadi adekah dakwaaan org ramai mengenai dakwat kekal yg hilang ini berasas atau tidak, anda nilaikan sendiri guna akal fikiran....bukan guna tapak kaki. 

masih tidak puashati kenapa ini jadi isu? sila rujuk
 BUKU PANDUAN
TATACARA PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL
SEBELUM KERTAS UNDI DIKELUARKAN 

KEPADA PENGUNDI PADA HARI MENGUNDI, perkara 1. PENDAHULUAN , para 1.4:


Penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya adalah bertujuan 
seperti yang berikut:

1.4.1 Mengelakkan pengundi daripada mengundi lebih daripada 
sekali.
1.4.2 Memastikan ketelusan (transparency) dan integriti proses 
pilihan raya.


jadi pada saya sgt wajar isu ini diketengahkan dan pihak berwajib haruslah bertanggungjawab menerangkan perkara sebenarnya kepada rakyat secara telus. 



sy tidak boleh menkomen ape pon mengenai isu kekurangan gynea salahkan kerajaan. sy tak kenal siapa ygg dimaksudkan menyalahkan kerajaan kerana hal ini..jika kenal siapa org itu maka bolehla interview dia tanya ape sebenarnya yg cuba di nyatakan supaya jelas dan terang pada semua. Walaupon begitu , pengalaman sy Kementerian Kesihatan Malaysia ,KKM telah menunjukkan banyak peningkatan dr segi servis dan kualiti, SYABAS. 

megenai isu jalan lubang2 , pendapat kek nis adelah betul dan sy sokong, sudah ade Jabatan yg bertangjawab utk monitor dan jika masing2 menjalankan tugas dgn penuh dedikasi dan berintegriti insyaallah semuanya dlm keadaan baik. tetapi golongan yg bising itu mungkin kerana mereka tidak mendapat pengadilan atau kemudahan yg sepatutnya jadi selaku Ketua Pemberi Khidmat Negara , PM , dialah orgnya yg patut memastikan semuanya in place. simple analogy, kalau tiles dapur pecah maka bapalah selaku Ketua Keluarga harus bertangungjawab memastikan ianya dibaik pulih walaupun telah diarahkan ibu utk mendapatkan org yg pandai utk repair. Kenapa begitu? Sebab BAPA KETUA KELUARGA. 

membenci org yg mengaku islam tapi menentang keras perjuangan islam apetah lagi tidak mengamalkan moral2 islam dalam kehidupan pada sy satu jihad. anda tidak setuju, tidak mengapa kerna ini cuma pendapat sy yg masih dangkal ilmu islam, yg masih lagi meraba2 meyempurnakan Toma'ninnah dlm solat, masih merangkak2 membetulkan tajwid bila mengaji. 

pemimpin2 pandai islam kita cuba utk menerapkan ajaran islam supaya semua bangsa bersatu dibawah satu islam kerana islam adelah utk semua tidak kira ape bangsa anda sekalipun .no problem.



kita hidup ni berbilang cara hidup, bagi yg tergolong dlm golongan profesional mungkin masih boleh mengawal emosi kita pabila kita marah, tapi tak semua org begitu. terutama jika yg terasa dirinya teraniaya, haknya dicabuli, people may get to emotional WRT this issue. tapi sama2lah kita menasihati rakan2 sekeliling supaya lebih bersabar dan bertenang. 

kenapa CINA pegang ekonomi ? because they are a better businessman. anda boleh experiment sendiri , cth beli grill rumah, amik 1 pintu contractor melayu buat , 1 pintu contractor cina buat. sila bandingkan dr segi kualiti dan waktu jangkamasa siap siapa lg bagus?

tapi tak semua businessman CINA ni baik ade juga yg jahat , korup, songlap duit. boleh meraih untung berlipat2 kali ganda tp kita org  islam mesti mengikut tatacara islam dlm berniaga....tb sabarlah kerana: 

"Syurga Orang Kafir; Penjara Orang Mukmin"

Dari Abu Hurairah r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda:Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.
Huraian Hadith: 
Dunia ini harus kita nikmati dengan mengikuti segala perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Dikatakan bahawa dunia adalah penjara bagi mukmin kerana di dunia manusia terdedah dengan pelbagai macam godaan dan ancaman yang mencabar keimanan. Bahkan apa yang dilarang oleh agama itu selalunya menjadi kesukaan nafsu manusia. Namun hakikatnya laranga-larangan itu adalah demi kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri agar tidak terjebak ke lembah kebinasaan. Berbeza pula bagi golongan kafir mereka bebas melakukan apa sahaja sehingga akhirnya mereka merosakkan jiwa dan diri mereka sendiri. Inilah hakikat dunia yang akan menjadikan manusia yang alpa tenggelam di dalamnya. Sebab itu kita selaku orang mukmin diseru agar memanfaatkan dunia dengan bijaksana iaitu apabila kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat, maka Allah akan memberikan kedua-dua-nya (kebahagiaan dunia dan akhirat). Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata. Sedangkan di akhirat kelak kita mendapat kerugian yang banyak. - SUMBER http://www.islam.gov.my/e-hadith/syurga-orang-kafir-penjara-orang-mukmin

kenapa pula kita tidak boleh bersatu ? ayuhlah bersatu dibawah syiar islam. 
  

kata2 kek nis ini adelah sy sambut dgn kurang senang sekali terlalu personal attack, malang sekali kata2 begitu keluar dr seseorang yg sy kenali jauh lebih pandai dr saya kerana dia berada di kelas no 1 tp sy berada di kelas no 4 semasa di sekolah dulu... tp tak ape sy anggapkan kek nis mungkin tgh PMS masa tu sebab itu terlalu emotional sebelum sy sempat komen ape2. 

kenapa salah jika seseorang itu suka debat? bukankah itu yg kita belajar sejak dr sekolah rendah lg utk berdebat? bila diajar sedari begitu muda, salahkah jika seseorng itu suka debat? kalau debat salah, marilah kita ubah silibus pendidikan dan jadilah masyarakat yg ikut telunjuk org saja. 

sy menganggapkan anda ikhlas memuji sy bila kata org PETRONAS pandai2 semuanya. alhamdulillah, rezeki disini , dan sy sgt suka bekerja disini. 

berkenaan org kampung, sy juga org kampung yg sudah berhijrah ke KL, Labuan, Johor dan sekarang Selangor, tetapi tidak sedikitpun kecintaan sy pada kampung halaman pudar. cuma pada sy It's ok to speak with accent but don't think with accent.

Cuci Mata di Fella Design

My favourite Cuti perayaan Deepavali pada 18 October lalu, kami saja2 singgah Fella Design..tujuan asal nak cari topper utk tilam tetapi ber...

NUFFNANG