Thursday, October 31, 2013

Tukar Battery Jam di Swatch Group Service Centre

Good quality item always comes with extensive care. Begitulah biasanya yg berlaku.

Jam hubs sudah kaput baterrynya aidilfitri sudah. After few months watchless , semalam dh managed utk tukar batterynya di Swatch Group Customer Service Centre. Utk jam yg seumpamanya, retailer shop tak ade perkhidmatan tukar battery atau repair works semuanya akan dihantar ke service centre mereka. Masa yg mereka ambil hampir 3 bulan lamanya. Jadi lebih baik pergi sendiri ke sana kepada yg berada di Klang Valley..Lolasi nya adelah:

The Swatch Group (M) Sdn Bhd
Level 22 Wisma Goldhill
67 Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur.
0320508888

Service tip top amat profesional. Masa yg diambil lebih kurang 20 minit menunggu. Cosnya rm50 utk battery dan ring seal.

Wednesday, October 30, 2013

Homemade Karipap

Rentetan dr kesungguhan si bini buat karipap petang ahad yg sudah. Since banyak gak dohnya yg lebih (walaupon ikut resepinya utk 15 ketul ajer)so doh lebih tu kitorang sambung buat lg mlm td.

Agaknya geram si lakinya nengok bini dok menguli dia plak yg take over menguli. Lesson learntnya kat sini  doh karipap jgn masukkan dlm peti ais dia akan jadi kenyal dan akan tertarik so perlukan semangat yg jitu utk uli dohnya.

Plan nak goreng pg tadi bawak ke ofis tp bangun lambat plak...so mkn mlm nti aje la.

Monday, October 28, 2013

Stoking Bola dan Kasut Dr Martens

Kejadian pagi tadi, punya kalut bergegas nak ke ofis hubs rembat je stoking yg ade dkat almari tak tgk stoking mana yg dia ambil terus pakai...sekali stoking bola daaaa kuikui kui...but its ok.

Utk pemakaian boot type shoe mmg sesuai dikenakan stoking yg agak tinggi ini bagi mengelakkan berlakunya kaki terluka specially utk kasut baru atau kasut yg jarang2 guna.

Kasut spt gambar ini adelah dari Dr Martens. Kebelakangan ini dh jadi kegilaan kami laki bini pakai Dr Martens plak. Disamping selesa dgn adenya cusion solenya, design kasut ini juga adelah sgt cantik pada i. yg ini kami mula2 survey kat butiknya di Gardens tp tak ade plak warna yg menarik terus hubs call outlet lain dan Crossover, Sunway Pyramid ade jual spt yg hubs nak. So there she goes..first pair of Dr Martens for hubs.

Pada yg nak tahu harganya rm629 sama mcm yg kasut i punya haritu. Worth spending.

Wednesday, October 23, 2013

Aliya is 3

At this very moment 3 years ago..i was at the labour room waiting for Me Jnr came out from the "oven".

How time flies leaving us along with the best things in our lifes. Today she is turning 3. Dearie Aliya, mama love you more than mama can say. 

Thursday, October 10, 2013

Submarine Museum , Melaka

Sabtu sudah masa ke Melaka, amik kesempatan utk melawat submarine museum yg terletak di kawasan Pantai Klebang. Tempat ini masih baru dan banyak facilities yg masih belum tersedia.

Ini merupakan pengalaman pertama memasuki body submarine. Kami semua agak teruja. Yg paling teruja adelah Zairi...rindu bau kapal katanya.

Feecmasuk adelah rm1 seorang utk dewasa. Kanak2 bawah 6 tahun masuk percuma. Bolehla lawat jika anda berkunjung ke Melaka.

Tuesday, October 8, 2013

Thermal Food Set La Gourmet

Bagi memenuhi permintaan hubs utk bawak bekal ke ofis sb dh fedup makan kat food court ofis, kami pon belila thermal set dari La Gourmet 2 design yg berbeza utk masing2. 1 yg agak mahal stainless steel body rm99 dan satu yg biasa rm39. Beli kat Parkson.

The Verdict:
yg body stainless steel tu walaupon kata 70ºC boleh tahan 7jam tp rasanya takdela lama cmtu.

Yg biasa tu plak takde "promise" tahan berapa lama tp ok je so-so.

Namun okla sb utk makan for breakfast n lunch masih okey lg tahap kesuamannya. Biasanya i habiskan masa breakfast lg.

Mulanya nak amik yg mangkuk tungkat ganbar no 2 kat bawah tp mcm bulky sgt tak cun plak.

Myb anda ade experience guna thermal food yg brand lain.

Monday, October 7, 2013

Coconut Shake Batu Berendam, Melaka

Sabtu sudah kami sekeluarga plus adikku Hajar ke Melaka semata2 nak pekena Coconut Shake famous kat Melaka. Pagi2 dh gerak dr rumah. Since rumah pon dh sempadan Selangor n N Sembilan so kami plan balik hari aje.

Mula2 berpusing2 jugak cari tempatnya sb yg famous tu kat Pantai Klebang tp itu bukan tempat yg sedap yg pernah hubs rasa so teruskan perjalanan dan kawannya Fadli sebagai guide...so sampaila yg sedap itu kat Batu Berendam jalan ke Airport di Taman Cergas itu yg real sedap mantap. So minum Coconut Shake dan Bingka Bakarnya. Bingkanya sedikit berminyak dr biasa tp yg luar biasanya rasanya mcm ade rasa sate huhu best.

Harganya Coconut Shake biasa rm 2, special rm2.80 dan double special rm3.30. Kuih rm10 utk 3 set. Kalau ke Melaka bolehlah cuba sgt sedap.

NUFFNANG

Halaqah Tanda2 Kiamat

Kepada teman-teman yang ingin menonton siri Halaqah TV9 2016 "Kiamat Pasti Datang" sebanyak 30 episod, berikut senarai Link untuk ...