Thursday, May 29, 2014

Megi Ketam Cherang Ruku

Beberapa minggu lepas kami balik kampung. Unplanned sebenarnya tp memikirkan myb takde masa lain nak balik so balikla mengejut mcmtu.

Setiap kali balik mesti curi masa lepak rumah abg yg sulong di Pasir Putih. Membawala pula ke gerai megi ketam di Cherang Ruku.

Alhamdulillah sedap. Harganya adelah diantara rm 16 ke rm20 semangkuk depends pada saiz ketam. Ade 2 ekor ketam dlm setiap mangkuk.

Kepada yg menjengah ke Kelantan bolehla cuba.

Thursday, May 8, 2014

Field Trip Little Caliph Nilai Impian

I join field trip Aliya ke Petrosains dan juga kilang Gardenia. Ini adelah acara tahunan dan yg pertama kali utk Aliya.

Bukan tak percayakan guru2 jaga Aliya tp aince Aliya masih minum susu botol dan pakai pampers jadi utk memudahkan guru2 i joined diorang.

Utk Petrosains, budak2 mmg suka tp pada i tempat ini kurang sesuai utk kanak2 kecik mcm anak2 tadika ini sb mainan dan bahan pameran yg disediakan pd i lebih sesuai utk org2 yg sudah besar.

Utk kilang Gardenia ni alhamdulillah i pon suka sb boleh melihat sendiri cara2 roti dibuat..walaupon hanya melihat dr atas sungguh seronok.

Setiap pelawat juga dapat goodie bag dr Gardenia.alhamdulillah selamat utk tahun ini.

Sunday, May 4, 2014

Stew Daging dengan Pasta

Hari ini mood memasak ON tapi malas plak nak g kedai so selak2 ape yg ade kat rumah saja...maka terhasilah Stew Daging dgn Pasta ni.

Bahan dan cara masaknya simple saja jadi jaganla pikir complicated terus taknak buat.

Bahan2:
200gm Daging lembu
1 Carrot
100g Bunga Kobis
1 biji Bawang Merah Besar dihiris kasar
1 Kiub Sup Knoor
Garam Air

Pes Bawang:
3 biji Bawang Merah saiz sederhana hiris halus
1 labu Bawang Putih hiris halus
Minyak masak

Cara2 :
Utk pes bawang,
1) goreng bawang besar dan bawang putih sehingga layu
2) blendkan bawang dgn minyak sehingga halus
3) tumiskan adunan tadi

Utk masakan stew:
1) masukkan tumisan pes bawang dan kiub Knoor kedalm periuk yg berisi air..
2) masukkan daging, carrot , kubis bunga, bawang.
3) didihkan campuran stew tadi dgn api perlahan
4) setelah daging empuk, masukkan pasta.
5) perasakan dgn garam dan black paper jika suka.
6)sedia utk dihidangkan

Olay

Sejak lebih 8 tahun yg lalu, i menggunakan Olay ini. Secara specificnya cream all in 1 nya ni. Start dr creamnya 5 in 1 sekarang ni dh 7 in 1. The verdict is i amat puas hati kerana ianya bisa menbuatkan kulit muka tak renyah dan senang diurus. Sila lihat gamba...(at least i rasa ianya ok...tp rasanya kalau kurus lg nampak mudakan)

Walaupon tergoda juga dgn jenama2 terkenal lain ie Lancome, SK 11 dan seangkatan dgnnya, risau pulak takut tak serasi. Walaupon pernah mencuba Mary Kay dan agak serasi juga tp sb MALAS nak pakai pakej lengkap membuatkan OLAY tetap dihati. Kuikui...

Since dh mencecah 30-an ini , terkesan plak utk menjaga rutin penjagaan wajah yg lebih serius, maka sekarang tgh riki2 utk guna Olay Regenerist. Doakan keserasianya dgnku...utk resultnya kenala tunggu entry 3-4bulan nti.

NUFFNANG

Halaqah Tanda2 Kiamat

Kepada teman-teman yang ingin menonton siri Halaqah TV9 2016 "Kiamat Pasti Datang" sebanyak 30 episod, berikut senarai Link untuk ...