Sunday, August 31, 2014

Longquan Celadon Ceramic from Zhejian China

menjelajah ke Tanah Besar China kali ini i berpeluang utk mengunjungi kedai pembuatan seramik tempatan. namanya adelah Longquan Celadon Ceramic yg berlokasi di antara bukit bukau dan gunung ganang China di Lishui, Zhejian selatan China. detail mengenai sejarahnya boleh tanya en WIKI.

i mmg bab2 hasil tangan terutama pasu2 mmg sangat teruja. bila tahu mengenai kawasan ini, laju2 mintak vendor singgah kat kedai tersebut. masa ke England dulu pon , kedai pottery yg i teruja masuk. cerita detail SINI 

baranganya mmg esklusif, mmg rambang biji mata bila melihat koleksi2 barangan yang dijual. semuanya handmade. corak2nya juga sangat menarik. 

please do enjoy the pictures. 


pasu yg i bawak balik , sepasang ni 480RMB lebih kurang RM 240. motifnya adelah bunga teratai. sgat cantik 

ni antara yg mahal..opss sgt mahal 120000RMB lebih kurang RM60000.


koleksi bowl dan pasu yang bersaiz besar

koleksi yg sama cuma bersaiz sederhana

ni yang i paling berkenan so called " prosperous bamboo" tp tak ambik sb overbudget.

memikat hati 

bahagian small bowl 

koleksi perkakasan dapur 

tableware. sgt menarik ilham dari Dinasti Song beribu2 tahun yg dulu. i sgt berkenan, tapi again budget tiada.

huuuuu kelabu biji mata 

koleksi tea set. maklumla minum teh adelah acara tradisi masyarakat cina jadi mmg mcm2 jenis cupnya yg comel2 semua

ini bahagian bowl kebanyakannya adelah bowl utk simpan teh

close up tea cup yg i berkenan

ini section reject item. ade jugak di jual murah. kebanyakannya direject sb stampnya kat bottom tak centre dan juga bahagian edge bottom yg tak smooth. sgt teliti mereka jaga quality. 

bahagian pasu corak merekah . diilhamkan dari rekahan tanah dimusim kemarau.

cantik

mestila ade gambarku hehhe


dan lagi 


front door kedai

Wednesday, August 27, 2014

Orkid dari Nilai 3

kalau tengokkan bunga orkid ni, i mmg terus jatuh cinta. antara bunga yang i mmg suka.
dah banyak kali riki2 kat Nilai 3 tu.
akhirnya tewas juga.

sejambak mcm ni RM349.90.


Sunday, August 24, 2014

Permohonan Visa China

Jika dulu i bercerita tatacara memohon Visa USA (baca disini) .

kali ini nak story pasal visa China pulak. nak senang , upah agent je pergi buatkan. tapi kalau buat sendiri, dapatla pengalaman tak gitu?

1) GAMBAR
gambar ini utk disertakan atas borang permohonan.
pergi ke kedai gambar, bgitau nak gambar utk visa China.
gambarnya adelah sedikit kecil berbanding gambar passport size yg biasa.

2) DOWNLOAD BORANG
kalau nak cepat, download borang dari websitenya (Visa Form) ,
senang kalau bawak ke sana nti bawak form yg dah siap isi.
kalau xde printer, bolehla isi saja kat sana.
borang diberi percuma.

3) HADIR KE PEJABAT VISA
ini bukan wajib, anda boleh wakilkan agent atau sesiapa saja utk serahkan form anda.
pejabat tempat buat visa di Kuala Lumpur adalah tingkat 5, The Himesphere Place, Jalan Mayang Sari.
senaang saja , turun LRT Ampang Park , keluar ke Ampang Park , then terus je hala ke The China Bank , then terus hujung jalan tu jumala The Himesphere.
perlu diingatkan sekarang ni WAJIB serahkan bersama borang adelah :

a) confirmed flight ticket
b) confirmed hotel booking
c) fotokopi muka depan pasport (yg ade gambar kita tu dan detail peribadi)

dalam borang itu ade kena stated bila anda mahu visa anda di collect. iaitu sehari (segera), 2 hari atau 4 hari (normal). pegawai akan serahkan slip kutipan visa, tarikh, masa dan jumlah bayaran akan dicatitkan.

4) COLLECT VISA
masa collect visa ni perlu serahkan bayaran dulu baru visa bolleh di collect.

carta harga utk visa adelah tertakluk kepada jenis visa yg di apply.
jadual nya adelah seperti (Jadual).

utk kes i ni rm310 sb nak dapat same day utk single entry and validity 3 months.

sekian.
diatas adelah penerangan untuk category (L) iaitu tourism.
kalau pergi utk tujuan visit kerja ade sedikit leceh lagila.






Saturday, August 23, 2014

Brown Hippo

Hari khamis lepas i ke main project office kat Citibank. Plan nak stay pagi sj sb sambil2 nak buat urusan China Visa...alih2 visa boleh siap petang so stay je sampai ptg.

Kat entrance citibank tower ni mg ade florist, tiba2 dtg idea nak surprisekan suami. Ape lagi, beli bunga dan brown hippo siap delivery ke ofis suami.

Alhamdulillah, surprise menjadi...mmg gembira tgk semyuman lebar dr suami masa pick up dia after ofis haritu.

Balik rumah plak si Aliya tak berenggang plak dia ingat hadiah utk dia hehehe..

Wednesday, August 13, 2014

Remembering MH17

Semua dh maklum MH17 yg terhempas sempadan Ukraine & Rusia tempoh hari.

Takziah buat ahli saudara kepada mangsa.

Semalam sedang jalan di KLIA area dr arrival hall nak ke parking area ternampak satu corner utk remembering mangsa2 MH17.

Sayu kejap rasa hati.

AL fatihan & RIP

Hari Raya 2014

I am not a big hari raya celebrator.

My preparation for raya mostly on biskut raya, masakan raya and duit raya.

Baju raya mostly pakai saja mana yg ade sb mmg bukan jenis yg pakai baju kurung or baju yg pakai dgn kain selalu. Jadi sgt jarang beli or tempah baju raya.

Cuma anak2 jela yg berbaju baru.

This year, anak2 pkaai baju yg mak tok diorang beli from her last visit to Morocco.

Sgt kurang bergambar..yg lain hanyalah gambar2 selfie dari adik2ku

Monday, August 11, 2014

Malasnya/Tiada Masa Lipat Kain

Sangat suri rumahnya entry kali ini. Ni i dapat dari group ibu2 tadika anak i.

Dimana issue haritu pasal perkhidmatan lipat2 kain..sekarang ni mcm2 bisness org buat sampai lipat2 kain baju pin dah jadi bisness.

Iyela walaupon fulltime housewife pon masa adelah sgt terhad utk urusan rumahtangga apetah lagi yg bekerja. Ade jugak yg malas heheh

Setakat ni i tak pernah lg cuba perkhidmatan pembantu seperti atau seumpamanya. Tp mmg mengakula banyak kadang mmh tak sempat nak buat semua kerja. Kena tunggu si kecik tido dulu baru boleh buat kerja dgn aman.

Pada yg berminat myb boleh cuba.

Sunday, August 3, 2014

Cuci Filter Air Cond York iPlasma

2,3 malam ni bukak air cond tak rasa sejuk. Sampai ke pagi temperature 16ÂșC pon tak rasa sejuknya.

mmg dh agak ni mesti filter dh berhabuk tebal. Maklumla sejak pasang setahun sudah belum pernah bukak cuci lg filternya.

i suruh suami bukak filternya dn mak aih..tebalnya habuk patutla xrasa sejuk. Cucinya simple, buang habuk tebal tu dgn jari then cucikan dgn air. Lapkan kering sblum pasang balik.

Littletikes Truck from Toys R Us

Suami i jarang sekali beli mainan utk anak2. Alasannya taknak rumah bersepah juga takut i penat asik mengemas mainan anak2 yg bersepah.

Tapi dlm bulan puasa lepas rajin pulak suami belikan mainan utk budak2. Sekali beli terus yg mahal. Ish membazir pulak dia.

Seronok anak2 dr mula bukak kotak, masa pasang sama2..sibuk pulak semua nak tolong bertukang.

Mainan ini merupakan pick up truck ..kat belakang tu bolehla naik utk budak2 kecik. Harga rm 559.

Pokok Mangga Mula Berbuah

Setelah lebih kurang setahun pokok mangga mula berputik. Seingat i , i tanam pkok mangga ni sempena birthday adam yg ke satu. Iaitu bulan November 2013 .

Setelah hampir setahun dah mula nampak putik mangga keluar. Masa bulan puasa lg dh nampak bunga putiknya tp ptg tadi baru perasan ade putik buahnya.

Rasa happy giler nampak dh berbuah...xsabar nak nampak hasil buahnya pula.

Cuci Mata di Fella Design

My favourite Cuti perayaan Deepavali pada 18 October lalu, kami saja2 singgah Fella Design..tujuan asal nak cari topper utk tilam tetapi ber...

NUFFNANG