Saturday, December 13, 2014

Bathroom Floor Epoxy Coating

Berikutan dari lantai bilik air master bedroom yg menunjukkan ciri2 bocor sampai nampak dekat bumbung tingkat bawah, kami sepakat utk pasang epoxy coating kat lantai. selain dari utk menyelesaikan masalah bocor, processnya singkat, harganya lebih murah dan end productnya juga lebih cantik berbanding tukar tiles.

harga utk bilik air adelah:

utk 40ft2 
1 warna RM700
2 warna RM850

tambahan RM14 utk setiap panambahan 1ft2 yg seterusnya.

utk kami ni, since alang2 dh nak buat terus "gomo" buat utk kedua2 bilik air tingkat atas. since ambik 2 bilik air, mereka charge RM850 utk setiap bilik air walaupon keluasan 49ft2 dan anggaraan 60ft2. jadi jumlah semua RM1700 semua siap pasang.

ade lebih kurang 18 pilihan warna , hubs pilih hitam + putih dan biru + putih. corak pulak last minute hubs main hentam aje corak bintang dan kotak hehee (tak leh complain sb mmg dh serahkan urusan ni dekat hubs semua, i tgk je).

commitment contractor mmg baik, tepat jam 9am dh dtg spt yg dijanjikan. masa utk pasang siap semua lebih kurang 4.5jam.

process buatnya agak renyah jugak, iaitu:

1) grind jubin (surface preparation) , 
2) coatkan epoxy atau gamnya, 
3) apply serbuk batu 1st warna,
4) coatkan epoxy atau gamnya utk corak kedua then
5) apply serbuk batu 2nd warna
6) applykan epoxy utk surface, ini yg buat lantai berkilat
7) touch up yg mana2 patut

masa kering adelah sehari jugak iaitu mcm kami siap pukul 2 ptg , lagi besok baru boleh guna jadi kalau nak buat utk semua bilik air kat rumah , pandai2la cari bilik air kat luar atau pg bercuti la kat mana2 hehehe 

kalau plan nak buat sendiri pon boleh , kepada yg gigihla...kalau kami ni mmg benda2 mcm ni kita serahkan dekat pakar hhehe

kepada yg berminat boleh hubungi Danial 013-5626883.
ni i sertakan gambar2 sekitar kerja2 berjalan.

grain utk buat surface preparation 



apply 1st colour






masa apply 1st colour

kasut yg diguna

1st colour completed 


cover 1st colour before apply 2nd colour

master bathroom

bathroom 2

6 comments:

Cuci Mata di Fella Design

My favourite Cuti perayaan Deepavali pada 18 October lalu, kami saja2 singgah Fella Design..tujuan asal nak cari topper utk tilam tetapi ber...

NUFFNANG