Tuesday, December 29, 2015

Bukit Melawati Kuala Selangor

time2 downtime sekarang ni di mana industri Oil & Gas sangat2 berada dalam keadaan tak stabil, nak cuti2 overseas tak dapat lah yea so kita jalan2 terokai dalam negara sajalah. 

kebetulan masa pg Kuala Selangor ni utk tujuan kenduri kahwin sebenarnya, since google2 banyak jugak tempat menarik kat sini, terus decided utk stay satu malam. 

antara aktiviti yg kami pergi adelah melawat Bukit Melawati. 

agak menarik juga lawatan kesini kerana utk menaiki bukit itu kami semua menaiki tram. agak seronoklah menaiki tram. cuma mungkin kebetulan dgn cuti sekolah jadi pengunjung agak ramai.

di puncak bukitnya ade musium dan juga light house. ade juga sekumpulan besar monyet hitam berbulu panjang. 

gambar dihadapan musium berlatar belakangkan light house 
sekumpulan monyet berbulu hitam yg menjadi "penyambut tetamu".
untuk i pertama kali tgh monyet yg spesis ini. 


Friday, December 18, 2015

Husband Patah Tulang Bahu

musibah yg menimpa hubs hari Ahad lepas.
jatuh masa main basikal downhill masa sesi latihan utk Race 19 & 20 December nti.
dah nasibkan , adelah tu hikmahnya..
penghapus dosa.

secara scientific nya Clavicle /collarbone fracture or broken lah ni.
kalau ikut ni mmg severe lah jadi dinasihatkan segeralah jumpa pakar utk rawatan lanjut.
sb mmg sakit bila lakukan pergerakan selisih tulang dgn tulang.

disini i share kan x-ray image utk informasi semua.

Wednesday, December 16, 2015

Homeschooling Art Craft

ni aktiviti yg i buat dgn Aliya semasa menunggu hubs dekat hospital.
sepanjang cuti sekolah ni Aliya mmg selalu mengadu bosan tak tau nak buat ape.
suruh membaca malas pulak dia , buat buku kerja pon malas. 
sampai nangis2 ckp bosan nak buat ape??

terpaksalah pulak mama dia ni jadi art teacher. 
tq for internet , google2 dapat jugakla idea ciput2. 
nak pikir sendiri mmg i ni jenis bangsa yg tak kreatif

2 art items yg sempat buat guna bahan2 yg simple.
beberapa helai kertas warna
guntung dan gam 
pencil warna 
puncher corak2 

maka terhasillah kerja /art work utk hari tu
tp syarat budak ni pon susah jugak..
kena buat sama2 
huhuhhu 

feather duck 


numbering turkey 


Thursday, December 10, 2015

Bunga Lavender Hiasan

untuk hiasan kat atas console table/almari ni mmg dah banyak kali bertukar2 
haha lama2 mesti ade aje yg tak puas hati kan ..

sebelum ni letak hiasan lilin dan lampu meja, 
sebenarnya mmg dah lama dah tukar hiasan kat atas tu dah lebih dari setahun setengah dah pon 
bertukar jadi letak frame2 gamba 

Entry Detail (sila klik) 


tp frame gamba pon lama2 nampak tak sememeh dan tak cantik jugak
walaupon warna frame sama tp sebab mcm2 saiz jadi huru hara jugaklah (gamba pakai frame takde pulak ) 

entry detail (klik) 


pastu i cari idea baru dan letak pulak pasu dan bunga sebagai hiasannya pulak
hiasan bunga lavender jadi pilihan sebabnya orkid kesukaaan agak mahal harganya.

jadi belilah 2 pasu bunga lavender. RM170 setiap satu. 

tunggang terbalik pulak gambar nya 





Sunday, November 15, 2015

Princess More Tears to Cry

alahai lamanya tak ttulis ape2 kat blog. 
dh dekat 2 bulan.

blogger apps dlm phone ade problem lately so malaslah pulak nak post entry pakai computer/laptop. 

nak berkongsi buku Princess More Tears to Cry ni.
dh lama tak melekat lama bila baca novel. 
kali ni novel ni mmg cepat je habis -  actually bukannya novel fiction ni, ini cerita benar cuma nama wataknya adelah dirahsiakan.

mengisahkan tentang kesah hidup dan nasib wanita di Saudi Arabia. 
diceritakan sendiri oleh cucunda King Abdul Aziz.

barula tau betapa konservativenya pemikiran segolongan besar lelaki dalam masyarakat Saudi Arabia. 

cerita ini cebenarnya kesinambungan dari series Princess yg dikeluarkan 20 tahun lepas. 
i tak baca lg yg itu, backword pulak baca yang ini dulu. 

i recommend anda baca buku ini utk mendapat pengetahuan yg lebih. 


Sunday, September 6, 2015

Salted Caramel Doughnut dan Roti Sosej

nak berkongsi resepi hidangan snek yg i sediakan untuk keluarga semalam.

1) Salted Caramel Doughnut

bahan2;
yis 
2 sudu kecil yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula
semua bahan dicampurkan dan dibiarkan hingga kembang berbuih

bahan utama
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air (ikut keperluan)
2 sudu besar butter/marjerin

cara2;
1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.

2. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.
3. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
4. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
5. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
6. Salutkan donut dengan salted caramel dan juga taburan choclate rice



2) Roti Sosej
menggunakan doh yg sama tadi , masukkan sosej dan silangkan balutan doh pada sosej.
boleh juga dimasukkan cheese utk rasa yg lebih sedap.



Salted Caramel Sos

Pasti ramai yg suka minum latte bersama caramel sos atau makan desert bersama caramel sos ini.

Rasanya manis dan warnanya amat menbuka selera tapi kadangkala kita membayar agak lebib dari nilai nya sendiri.

Jadi disini i nak share cara buat caramel sos yg mudah.

Bahan2;
1 cawan gula halus
1 cawan susu sejat
50g butter
Secubit garam
Sedikit assent vanila

Cara2;
Dengan menggunakan sauce pan, panaskan gula dgn api yg sederhana, pasyikan sentiasa kacau.

Hanguskan gula sehinga berwarna perang kemudiam masukkan butter dan kacau.

Setelah butter cair semuanya masukkan susu kacau sehingga mendidih.

Masukkan garam dan juga assent vanila.
Siap utk dihidangkan.

Saturday, September 5, 2015

Larian Hari Malaysia MAKSAK 2015

Ini event hari ni setelah 2 minggu gaps dari event larian yang lepas.

Event ni dibuat utk org2 penjawat awam ( kerja goverment) tp open jugak utk penjawat swasta mcm i ni.

Bila event gomen ni bahasa pasarnya, jadi dh tentulah ramai org melayu berbanding larian lain yg bukan anjuran gomen mestinya ramai bangsa cina.

Event simple saja tiada yg lain dari yg lain..cuma org agak ramai setelah event habis kerana ade Karnival Usahawan Desa (KUD) yg sama2 berlangsung disana ketika ini.

Bila acara di Dataran Putrajaya, lalauannya mestilah dari dataran terus ke PICC then patah balik ketempat mula di Dataran Putrajaya.

Catatan masa i dh agak improve cuma masih banyak perlu diperbaiki lagi. Larian perlahan tidak mengapa tetapi perlu consistant.

Till next event.

Wednesday, September 2, 2015

All Creatures Big and Small , NOAH is Gone and Two by Two Ooops The Ark Has Gone

ketiga - tiga tajuk kat atas :

1) All Creatures Big and Small
2) NOAH is Gone
3) Two by Two Ooops The Ark Has Gone

semuanya refer to movie animasi yg sama.
sekarang ni terpesona dgn kartun ni, mmg best !!

jalan cerita yang relax, team yg cantik dan kartun yg colorfull.
Temanya:  Friendship, Team Work, Appreciation for Others.  

bukan je anak, i pon suka layan kartun ni, ade ciri2 kesamaan sikit dgn Ice Age ,
but the characters are even cuter.

"nora bagi 5 bintang!!"








Saturday, August 29, 2015

Naturalle's Garlic Oil Capsule

Kali ni i nak berkongsi supplement yg i makan untuk general health basicly utk penjagaan berat badanlah tujuan utamanya ni.

ianya bermula dengan member yg begitu ligat sekali mempromokan "Set Kurus Bajet" dari Hai-O tu tapi harganya tu i tak berapa nak berkenan iaitu RM30 utk 80 biji.

jadi sb nak try dulu kot2 lah tak serasi kan so i cuba yg murah dululah..iaitu Naturalle Garlic Oil supplement ni. harga murah saja RM30 ++ mudah didapati dari farmasi2 tempatan.

kelebihan Garlic Oil ni.

Ianya mengurangkan kadar kolesterol. Pesakit koronari-anteri yang mengambil makanan tambahan bawang putih didapati boleh merendahkan paras lipoprotein yang dikaitkan dengan penyakit jantung, manakala bagi yang tidak mengambil bawang putih tidak menunjukkan pengurangan kadar lipoprotein. 



Berbagai jenis sebatian sulfur yang terdapat dalam BAWANG PUTIH boleh memberi kesan yang baik untuk kesihatan kardiovaskular. Ini banyak memberi kesan kepada biosintesis asid lemak, kolesterol, tringliserida dan fosfolipid. AJOENA, bahan bawang putih, mempunyai kesan anti-pembekuan yang mujarab. 




BAWANG PUTIH mengandungi 754 bahagian per milion (PPM) Germanium - iaitu lebih dua kali ganda daripada Ginseng. Germanium adalah perangsang imun, pembekal oksigen dan penghalang radikal bebas. Kajian menunjukkan Germanium amat berkesan untuk merawat kesan terbakar, penyakit radiasi, beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Bawang putih mengandungi bahan-bahan lain yang menunjukkan kesan anti-tumor terhadap haiwan. 
Pengambilan bawang putih yang banyak boleh mengelakkan kanser perut. Bawang putih menghalang nitrat diet bertukar menjadi kanser yang menyebabkan nitrosamina. 




Kajian menunjukkan sebatian bawang putih dialil sulfida merupakan nutrien anti-kanser yang berkesan. Apabila diberikan kepada tikus sebelum mendedahkan tikus tersebut kepada agen penyebab kanser kolon, ianya mempunyai kesan perlindungan antikarsinogenik terhadap esofageal, kanser perut dan kulit dengan membenarkan hati untuk menyahtoksikkan bahan kimia penyebab kanser. Di Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, para saintis berusaha menghasilkan ubat antikanser yang pertama diperbuat daripada bawang putih. 




Alisin adalah campuran sulfur yang memberikan kuasa antibiotik pada bawang putih. Ianya berkesan seperti penisilin tetapi tidak memusnahkan bakteria yang baik. 




BAWANG PUTIH juga merawat Kandida Albikons, sejenis jangkitan yis yang disebabkan oleh pil perancang, antibiotik, kartisona, kencing manis, kekurangan nutrien, sembelit dan tekanan. 

tak pandai pulak nak twistkan gamba

Friday, August 28, 2015

Meggi Ketam

Berkongsi resepi untuk masakan yg mudah iaitu Maggi Ketam.

Bahan2:
3 packet Maggi Kari
4 ekor ketam cuci dan potongkan 2
1 ikat bayam
3 biji telur
Minyak utk menumis

Cara2:
Tumiskan perencah maggi

Masukkan air

Apabila menggelegak masukkan ketam dan rebus sehingga masak.

Apabila sudah masak angkat kan ketam dan ketepikan

Masukkan meggi dan juga sayur, pecahkkan telur ke dalam kuali ..rebuskan sehingga masak.

Hidangkan dan hiaskan ketam.

Enjoy

Thursday, August 27, 2015

Samsung Galaxy Life Previllage

Entry ini utk berkongsi tentang Samsung Galaxy Life apps.

Utk semua pengguna Samsung smartphone, ade 1 apps ni yg memberikan e-voucher utk para pengguna.

Silalah register melalui facebook account atau google mail (gmail) ke Samsung Galaxy Life apps dan nikmati free items.

Enjoys

Sunday, August 23, 2015

Mee Udang

Lagi entry kongsi resepi..lately kerap jugak masuk dapur..tu yg boleh share resepi ni..

Mee udang ni senang je.
Kalau makan kenyang mcm makan nasi jugaklah..
Lagi pon mee kuning dan meehoon adelah kegemaran i ...jadi seronoklah makan..

Bahan2:
500g mee kuning
1 ikat sayur sawi
1 ikat daun bawang
2 sudu bawang goreng
2 biji cili merah besar
200g udang segar besar
200g udang segar kecil dibuang kulit
2 sudu udang kering
2 biji kentang direbus
2 biji tomato
4 biji telur direbus
2 sudu cili giling
6 ulas bawang putih
1 biji bawang holand
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam
Perasa

Cara2nya:
Kisar bawang dan tumiskan diatas minyak yg panas sehingga naik bau

Masukkan cili giling dan goreng sehingga garing

Kisarkan kentang, tomato, udang segar kecil dan udang kering. Masukkan bahan kisaran ini kedalam kuali.

Masukkan air ikut kepekatan yg disukai..biarkan sehingga mengelegak.

Masukkan sos cili dan sos tomato serta udang...biarkan sehingga menggelegak sekali lagi.

Perasakan dgn garam dan perasa.

Celurkan sayur sawi..mee kuning
Sedia utk dihidangkan dan dimakan.

Selamat mencuba.





Friday, August 21, 2015

Piano Yamaha

rasa2nya agak melampau tak kalau nak jadikan Upright piano ni dalam wishlist??

hahaha manyak mengarutla ini amoikan!!

kisahnya, i ke KLCC minggu lepas, then dekat Centre Court tu YAMAHA piano ade buat pameran..
i wondered jugakla dekat kawasan tu sekejap sambil2 riki2 sambil2 dgr muzik..

harga piano ni mmg mahal ..kalau tak silap aritu paling murah (bukan upright piano) dalam RM3k gitu ..
pastu yg grand i tgk haritu ade sampai RM 280k ++ yg ini tu dah siap automatik play lagi
mmg osem..

enjoylah pictures k ..

wish list 2017 hehehe


ini antara range yg murah dah rasanya bagus untuk beginner 

Add caption


ini antara grand piano yg di pamerkan/dijual 

ini impian i ..tp belas2 ribu harganay tu 

also this one 

again this one 

Thursday, August 20, 2015

Garlic Sock

Malam tadi Adam demam.. Aliya batuk2..tak berapa demamlah.

Baby boy kamitu kalau demam mmg susah,
Nak letak kain kat kepala pon xnak..
Makan ubat xnak...
Mandi xnak...
Risau jugak nengokkan dia

Jadi i buat garlic sock ..
Katanya insyaallab berkesan...

Caranya :
Ambil 3 ke 4 ulas bawang putih
Layurkan atas api
Tumbukkan kasar then gaulkan bersama olive oil..

Pakaikan stoking dan letakkan beberapa cebisan garlic kat bawah tapak kaki dan lapikkan dgn 1 stoking lagi kat luar..
Cara ini utk mengelakkan tapak kaki melecet sb pijar bawang putih.
Jika anak dah agak besar boleh apply direct ke bawah tapak kaki saja...xperlu 2 lapis stoking.

Alhamdulillah agak menjadi walaupon temperature masih ade.

Mlm ni boleh cuba lg sekali.

Wednesday, August 19, 2015

Creamy Butter Crab

kami ini nak kongsi resepi yang i buat semalam utk makan malam..

biasanya makan ketam butter mcm ni kat restoran seafood aje,
agak mahal juga yea biasanya 4 ekor saiz sederhana dah mencecah rm 80 ..biasanya

lalu, i cuba google2 resepinya..
kena pulak ketam i beli kat pasar malam RM 27/kg

disini i share resepi dan juga cara membuatnya.

bahan2:
6 ekor ketam
1/4 buku butter brand Buttercup
1 tin susu sejat
8 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 biji bawang merah besar - tumber kasar
3 tangkai daun kari
5 biji cili api - dipotong halus
tepung jagung utk memekatkan kuah
garam
gula
minyak memasak

cara2:
1) cuci dan potong kan ketam
2) panaskan minyak masak dan panaskan butter hingga sedikit menggelegak
3) tumiskan bawang sehingga kekuningan
4) masukkan daun kari dan juga cili api
5) masukkan susu 1 tin
6) masakkan sehingga sedikit menggelegak
7) masukkan tepung jagung dan gaulkan
8) masukkan ketam dan masak sehingga ketam masak
9) sedia utk dihidangkan

biasanya ketam butter mcm ni tak makan dgn nasi, ratah sahaja..
mmg sedap sekali.
selamat mencuba


ini budak makan tak pandang kiri kanan 

boleh juga taburkan sedikit daun ketumbar sbg hiasan 

Tuesday, August 18, 2015

Lawatan ke KL Orkid & Bonsai 2015

Lepas kami habiskan larian hari sabtu tu,
Kami sekeluarga pon jengah2lah dekat dalam Taman Botani Perdana tu.
 
Memang cantik dan unik semua orkid dan bonsai yg dipamerkan.
Attention kami tu lebih kepada bonsai sb jarang2 dapat lihat yg unik2 dan yg cantik2 mcm ni.
Semua cantikla pada i...budak2 pon suka.

Semoga boleh lawat lg di masa akan datang. 

Enjoy the pictures...

bersama anak manja ku










NUFFNANG

Halaqah Tanda2 Kiamat

Kepada teman-teman yang ingin menonton siri Halaqah TV9 2016 "Kiamat Pasti Datang" sebanyak 30 episod, berikut senarai Link untuk ...