Saturday, February 28, 2015

Warna Cat Dinding

Kalau bercerita soal cat dinding ni mmg dh lama cerita xclose..mcm2 plan nak colour earthlah...nak walpapperlah....sampai sekarang dinding kami masih lagi cat warna light cream yg warna asal dari developer dulu.

Hubs mmg suka warna asal ni. I pulak mmg xsuka nak pikir2 lebih benda2 remeh mcm ni..so maintain aje warna asal ni. ....buat masa ni

Thursday, February 26, 2015

Bantal Hiasan

entry yang tak ada banyak sgt faedah.

ini hanya i nak share betapa banyaknya bantal yg i letak utk (kebanyakkannya hiasan) kegunaan tidur. saja sb nampak cantik!!

pardon the messy look. focus kat bantal je k 


Sunday, February 22, 2015

DIY Jaring Penghalang Kucing

Tak tau lah nak letak nama ape tp sb utama buat penghalang/penghadang ni utk elak dr kucing masuk rumah jadi namanya penghalang kucinglah.

Mmg pesen i kalau nak memasak ape saja walaupon nak merebus, mesti nak bukak pintu dapur. Nak kasi pengudaraan tu circulate..walaupon ade hood segala bagai kan. (Perangai org kampung). Kucing liar kat belakang rumah ni mcm ade sensor setiap kali bukak pintu mesti dtg nak masuk rumah. Rimas pulak rasanya.

I ni pulak jenis yg moody, mulala nak marah kalau si kucing tu masuk rumah. So demamd dgn hubs utk buat jaring utk halang kucing tu masuk.

I imagine yg simple aje iaitu jaring pagar tu terus ketip kat grill. Tp hubs kata xcantik, dia nak buat yg elok2 siap ade frame. I okeykan aje.

So cost utk buat project kecil2an ni :
1) kayu rm6
2) jaring hijau rm 4.50
3) gergaji mini rm1.50
4) spray can rm 6.50
Yg lain adelah paku , staple dan juga cable tight

Utk kasi cantik buat chamfer kat hujung2 kayu bagi edge temu edge.
Pakukan
tk kasi matching dgn warna grill itu dispraykan kayu dgn warna putih
kemudian balutkan jaring hijau ke frame kayu yg dibuat.
Kemaskan dgn cable tight.

Itula project kecil2an hujung minggu.sdg elok masa pasang tu kucing dtg...mmg meet the purpose nak avoid kucing masuk rumah.

Kepada yg baru nak masuk rumah, dinasihatkan buatla grill mcm jiran kami, siap terus ade full plate attach kat grill...

bahan2 asas (budak kicik sibuk nak interprame) 
abe ensem sibuk menjalankan tugas
hasilnya. mcm ngam pulak time nak amik gamba kucingnya ade
contoh grill rumah jiran 

Saturday, February 21, 2015

Studio Jahitan

Haha studiola sgt ek...menjahit pon tak pandai, masih terkodek2 nak belajar sendiri. Tp xpe, perancangan mesti ade kan.

Ini merupakan bilik utility @bilik maid kat rumah ni. Xluas mana lah biliknya, malah ade jiran yg pecah bilik ni utk luaskan dapur. Tp kami maintain aje bilik kecik ni.

Bilik ni ikut plan i nak jadikan studio jahitan atau myb boleh jadi my favourite spot jugak kat rumah ni.

Sebelum ni bilik ni tempat i simpan buku2...gedung ilmu kononnya. But since bilik anak2 dh remove satu katil bujang jadi agak luas utk i letakkan buku2 anak2 kat bilik tidur diorang. Jadi bilik utility ni adelah sedikit ruang kosong.

Since ade beli mesin jahit yg potable ini, adelah keperluan utk ade meja utk menjahit. Due to dh xde ruanglain, ruang cenonet dlm bilik ini jadi pilihan.

Meja tulis /meja jahit ini dari Aeon Big/careffour rm79.90.  Almari kecil IKEA harga dh lupa. Lagi 2 book case pon dari IKEA harga pon dh lupa, sorry yea. Bilik masih belum ditatarias complete lg. Insyaallah ade rezeki nti akan di improvisekan.

So ini adelah consider as my small havenlah kehkeh

Friday, February 20, 2015

Belajar Mengira Dgn Teacher's Stamp

Sempena cuti sekolah ni. Biasanya Aliya malas nak baca buku, tp dia suka buat benda2 craft. Jadi utk  buat cara mudah belajar sambil bergembira, cara mcm ni kelihatan lebih berkesan.

Bahan yg guna agak simple. Teacher's stamp ni kat kedai buku Popular rm6.90 satu unit, ade mcm2 corak. Boleh guna drawing block atau kertas biasa.

So, i tulis nombor dan dia akan stampkan bilangan ikut nombor yg tertulis.

Boleh cuba utk activiti bermanfaat bersama anak2.

Itu saja...aliya masih belum fasih no 11 sampai 20 ni. Kena gigih lg training..xnak ketinggalan.

Wednesday, February 18, 2015

David Choi the Violinist

i always love music, i always interested and admire (if not too much to declare) , this type of people.
regardless what kind of instrument they are playing,

the most common ones are Guitar and Piano.
2 instruments i like most are Violin and Saxophone. Violin is the no 1!!

i would like to share this talented violinist that i have been hearing to lately , David Choi.

do visit his channel for more of his art work!! below top 3 i like most among all the best sheet.

Cannon Rock 


Marry Me 


Can't help falling in love 


i wish i could learn how to play this one day,,,one fine day!!

Friday, February 13, 2015

Al -Fatihah Tok Guru

Perginya Tok Guru kebanggaan dan kesayangan kami mlm tadi. Malam Jumaat penuh barokah ...

Perginya tiada ganti.
Semoga rohnya aman dan syurga destinasinya.

Monday, February 9, 2015

Bedside Table Murah

sesungguhnya i sgt teruja utk berkongsi cerita mengenai meja sisi katil (bedside table) i yg sangat murah i beli ini. ini sebenarnya perabot secondhand. 

i berniat utk beli 1 bedside table utk matchingkan dengan satu lg yg sedia ada. usai2 kat kedai perabot kebanyakkan nya tidak memenuhi kriteria ataupon harga yg kurang menyenangkan..

jadi i sajela jalan2 kat kedai perabot secondhand yg terletak di kawasan Nilai 3 jugak.asalnya nak ambik perabot Jati tapi tak jumpa pulak yg berkenan di hati. 

harga nya yg kedai letak rm60, i tawar jadi rm40...rasanya ni belum cukup gigih menawar, kalau pandai lagi tawar menawar mungkin boleh dapat dalam rm25-rm30. walaupon begitu i rasa ini pon sudah cukup berbaloi sebab bahagian atas dan sedua2 pintu drawer adelah dari kayu solid. 

lalu utk matchingkan dgn warna concept perabot dalam bilik tido, i beli cat warna putih . utk info : cat kayu ini juga compatible utk dicat pada besi. utk mengenangkan i tulis breakdown harga kos utk DIY kali ini:

1) meja sisi RM40
2) Cat colourland RM19 (project ini hanya menggunakan 1/3 dari cat tong kecil) 
3) berus cat RM4.50
4) thinner RM1.50 

hari ni i cuti sb Adam demam jadi setengah hari tadi menjalankan project mengecat ini la. lebih kurang 3 jam masa i ambil utk mengecat. lebih kurang 4 coat jugak ...gigih tau 

hasilnya amatlah priceless!

rupa sebelum upgrade

sepanjang process pengeringan 

rupanya bila dh pasang lampu

rupanya tanpa buka lampu 

bahagian dalam agak sememeh 


Sunday, February 8, 2015

Buku Latihan utk 5 Years

2015 ni merupakan tahun ke2 Aliya ke sekolah. Kalau tahun lepas mmg i tak kisah sgt kalau dia tak sungguh2 sgt belajar. Iyela, bari nak kenal kawan2, baru nak bergaul jadi i rasa biarkan saja dia go with the flow aje.

Tapi tahun ini dia dh kelas 5 years. Terasa jugakla sedikit pressure utk i kerana utk membahagikan masa bekerja,kerja rumah i dah juga menjaga anak2 adelah sgt suntuk masanya. Sgt pressure utk mencuri masa mengajar Aliya.

Since sekarang ni dh masuk bulan ke2 tahun 2015, i kena lg gigih merialisasikan  azam i utk gigih mengajar anak pendidikan dunia dn pendidikan akhirat.

Jadi hari Jumaat, Sabtu even hari ni hari Ahad sibuk ke kedai buku berdekatan utk mendapatkan buku2 kerja sbg top up utk buku2 yg mana ade sekarang.

Risau pulak mcm2 system pendidikan sekarang PBSlah, KSSRlah, KBATlah...haila anak.

Denyut Kasih Medik

sebuah novel yg baru i selesai bacanya. peninggalan arwah Siti Hajar.
selama ni i tka perasan tentang novel ini sb arwah Hajar meninggalkan quiet a lot of books juga..kebanyakkan ada kat rumah i ni.

pengarang novel ini merupakan rakan kuliyah semasa i buat Matrikulasi dulu..tahun 2001.
cara penulisannya mmg melambangkan peribadi Dr Farhan sendiri.
mungkin novel ini juga sebenarnya menceritakan tentang diri beliau juga.

suatu pembacaan yg sangat bermanfaat.. cubalah baca, pasti berbaloi.


Thursday, February 5, 2015

Demi Masa

Demi Masa,
Sesungguhnya Manusia Kerugian ,
Malaikan yg beriman dan beramal soleh!!

Ringkas dan padat pengisian tazkirah yg i attend lepas, reminder untuk semua.

petikan surah dan juga pengertiannya.

pecahan umur utk orang2 yg rugi jika had umurnya adalah 60 tahun :

1) 20 tahun - tidur
2) 12 tahun - Zaman Kanak2
3) 10 tahun - hiburan
4) 12 tahun - Kerja
5) 3 tahun - makan
6) 1 tahun - tandas
7) 2 tahun - termenung

begitu rugikan umur hidup ini sgt sia2 rasanya.
bersamalah kita manfaatkan nikmat umur anugerah Allah ini.


Wednesday, February 4, 2015

Deko Lampu IKEA

Sudah agaklah lamanya i beli sepasang lampu meja sisi katil (bedside table lamp) ini. Harganya murah saja tp dh lupa berapa. Tak pasti masih ade lg ke tidak dijual di IKEA.

design lampu ini adelah sgt simple. Lam2 bosan jugak tgkkan lampu ini. Jadi i dapat idea nak dekorasi sikit lampu2 ini.

Kain ni i beli dari FabricFanatics. Dah lupa harga 1/2 yard berapa. Dalam rm20 kot.

Cara simple , potong kain ikut size dan mengunakan gam UHU tampal saja tepi2 kain pada badan lampu.

Nah, senagkan?

Cuci Mata di Fella Design

My favourite Cuti perayaan Deepavali pada 18 October lalu, kami saja2 singgah Fella Design..tujuan asal nak cari topper utk tilam tetapi ber...

NUFFNANG