Sunday, July 26, 2015

Rescue Run Run Run Setia Ecohill

event ni pagi tadi, laju2 upkan entry kot lama2 nti akan menjadi malas.

larian yg lepas yg i join dh lama dah bulan 10 tahun lepas lg Putrajaya BSN Night Marathon . kononnya berazam start dari oct tu akan join larian sebulan 1 event....haram nya!! mcm2 alasan okey..

so kali ni ade kesempatan so joinla , terima kasih banyak2 kepada suami yg tolong menjaga anak sepanjang i ke sana. bukan lamo pon 3 jam je...
Setia Ecohill ni pon tak berapa jauh dari rumah dalam 16km je..lokasinya di Semenyih.

berjaya menghabiskan larian kalau ikut masa Strava Apps tu 5.4km dalam masa 53minute...NOT TOO BAD MYSELF !!

okeyla ingatkan amik masa 1 jam lebih rupanya okeyla average dalam 10 minute /km..boleh improve lagi ni dikemudian hari .

larian ni agak unik sb utk peserta 5km, kena bawa belon sambil berlari dan ade "raksasa" yg akan cuba utk pecahkan belon yg peserta bawa..hehe kinda fun jugalah..

enjoy the pictures..






Friday, July 24, 2015

Sayur Lodeh Udang

masih lagi dalam mood nak share resepi yg biasa makan masa raya.
masak lodeh udang atau sayur lodeh udang. masak lodeh ni senang sgt tau jadi janganla segan2 nak cuba ..
ini merupakan antara hidangan yg i suka utk jamah di hari raya. bukan raya pon suka jugak hehhe..

bahan2 utama :
200g udang segar
1 paket campuran soo hoon dan fucuk - direndam dalam air panas utk 10 minit
200 g sayur kubis
1 batang lobak merah saiz sederhana (dipotong panjang2)
1 biji sengkung saiz sederhana (dipotong panjang2)
100g kacang panjang (dipotong panjang)
1 kotak santan dicampur bersama 2 cawan air
3 petak tauhu di goreng garing
2 petak tempe di goreng garing
garam secukup rasa

bahan2 tumis:
3 biji bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih  - tumbuk
1inch halia - tumbuk
1 sudu makan serbuk kunyit
minyak utk menumis

cara2:

1)  panaskan minyak, minyak dalam 5 sudu besar
2) tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau, kemudian tambahkan serbuk kunyit
3) masukkan santan dan kacau
4) masukkan campuran soo hoon dan fucuk bersama sayur kobis
5) tunggu sehingga mendidih , sentiasa kacau untuk mengelakkan dari pecah minyak
6) masukkan lobak merah, karang panjang dan sengkuang
7) setelah mendidih lagi sekali, masukkan udang segar, tauhu goreng dan tempe goreng yg sudah dipotong2. perasakan dgn garam.

sedia untuk dihidangkan

fresh dari periuk 

dihidangkan bersama dgn sambal ikan bilis dan juga ketupat. 

Thursday, July 23, 2015

Primaland Port Dickson

Raya ke 2 dgn raya ke 3 spend time dgn family mertua bercuti di Port Dickson. Tujuan asalnya adelah atoknya nak cucu2 mandi manda main air kolam.

Abah yg book 2 unit apartment 2 bilik utk keluarga mertua dan juga kami bersama 2 adik perempuan. Tak tanya pulak berapa harga bilik tp riki2 kat internet dalam rm300 jugaklah sekali dgn entry ticket kat theme park.

Objective utk kasi budak2 seronok tercapai utk si kakak aliya..seronok betul dia, mandi menyelam main gelongsor. Tp itk si adik adam ...semua takut. Dudk je dalam boat kalau tak pon atas dukung mama je.

Tuesday, July 21, 2015

Rendang Ayam

Dh lama tak share resepi. So sempena musim beraya ni kita share resepi Rendang Ayam k. Mudah cuma masa memasak tu dalam 2 jam jugak tu.

Okey bahan2:

Bahan kisar:
2" lengkuas
4"halia tua
1 biji bawang merah besar (atau 8 biji bawang merah kecil)
1 bunga bawang putih kecil
2 " kunyit hidup
18 biji cili kering - potong, rebus dan buang biji
3 batang serai

Bahan utama:
1 kg ayam
1 mangkuk santan dari 1 kotak santan campur air
Sedikit kerisik (1 sudu makan)
Sedikit daun limau purut
Sedikit garam secukup rasa
1 mangkuk kecil minyak
2 batang serai diketuk

Cara masak:
Panaskan minyak .
Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dalam 5 minit.
Masukkan santan separuh bersama ayam.
Dalam api yg sederhana, masakkan atas api sehingga santan hampir kering dalam 1 jam.
Kemudian campurkan baki santan dan serai ketuk teruskan masak dalam 30 minit lagi.
Masukkan kerisik bersama daun limau purut dan perasakan dgn garam.
Kacau dan sedia utk dihidang kan.

Perlu diingatkan sepanjang masak perlu kerap kacau utk mengelakkan hangit dan berkerak dibawah kuali.

Selamat mencuba.

Nota: kadar kepekatan kuah bergantung selera masing2, kalau suka yg jenis pekat sambung lagi masak sampai kuah hampir kering.

Saturday, July 18, 2015

Hari Raya Aidilfitri 2015

Tahun ni aidilfitri ikut giliran belah hubs. Mcm biasa balik either ke Muar atau Raub atau both. Tahun ni balik Muar je balik hari raya pertama.

Raya ke 2 pulak ikut family in law holiday kat Port Dickson. Saja atok diorang nak bawak suka2 cucu2 main air. So stay kat Primaland Resort.

Sb mmg kami jenis yg jarang bergambar so, gambar raya boleh kata every year tak de..so tahun ni awal2 pagi lg hubs dh mintak ambil gambar.

Kat Muar pulak ambik gamba dgn keluarga mak cik hubs di Bakri Muar.

Gamba kami mmg nilah yg terhebat k ..bukan senang nak ambik hamba still dgn budak2 okey..specially anak2 ku .

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

SEMOGA RAMADHAN TAHUN DEPAN BOLEH JUMPA LG.

Sunday, July 12, 2015

Tips Langsir

alololo nak share tips pulak, mcm teror sgt je kan...
i nak share ni based on pengalaman je supaya boleh jadi panduan utk sesiapa yang sudi baca.
tips atau lebih tepat lagi steps pemilihan langsir terutama untuk rumah baru adelah :

1) penetapan budget
perkara ini penting sekali sb ini yg akan menentukan jenis kain, design dan juga jenis perkhidmatan yg akan anda pilih untuk mahligai anda.

untuk rumah kami masa mula2 masuk rumah dulu harga semua belanja utk kain termasuk rod rail sekali dalam rm 4000++ gitula.

ini untuk 1 sliding door 4pintu, 7 panel utk naster bedroom , dan 4 tingkap bilik dan juga 1 tingkap dapur ( tanpa day curtain) yg singkat , yg lain semua ukuran sampai ke lantai.

2) ukuran  langsir
utk rumah yg baru masuk atau yg belum pernah berkecimpung dalam dunia langsir ni lagi, i STRONGLY advice baiklah mendapatkan perkhidmatan profesional utk buat ukuran utk seluruh rumah anda , sb org ini akan determinekan sekali ukuran utk railing ikut panjang mana atau tinggi mana anda mahu.

biasanya perkhidmatan ni kena bayar kalau anda tak tempah langsir kat kedai mereka.
i amik perkhidmatan ni dr kedai langsir ELITE Nilai 3, sekaligus tempahan kat kedai ni sekali.

3) jenis kain dan patern langsir
ini berbalik kepada item no 1, budget anda.

lepas dtg ukur haritu i terus ke kedainya utk pilih kain dan patern. since kami ni mmg suka yg simple saja jadi langsir kami utk satu rumah semua jenis French Pleat saja kecuali sliding door utama jenis Ring. kain pula jenis yg berat , lengkap dgn day curtain sekali .

4) Maintenance atau replacement
tipula kalau ckp akan tahan nafsu nak tukar langsir utk 3-4 tahun kan? alih2 belum sampai 2 tahun dan bosan dgn corak n design lamakan..

jadi, utk senang tukar ganti tu yg i pilih french pleat dan juga simple ring type, in isebab rata2 harga upah jahit utk French Pleat panel adelah antara rm 7-8 satu panel, ring type pula dalam rm10 mcm tu kot.

itulah serba sedilkit perkongsian utk kali ini. harap bermanfaat.

langsir bilik master 
langgsir bilik
ni jenis Ring


note: ganbar kat atas ni kecuali yg tengah, langsir dah replace bukan yg asal mula2 masuk rumah dulu, yg replacement ni lebih murah sb pilik kain yg lebih murah dan jahit kat kedai yg lebih murah . 

NUFFNANG

Halaqah Tanda2 Kiamat

Kepada teman-teman yang ingin menonton siri Halaqah TV9 2016 "Kiamat Pasti Datang" sebanyak 30 episod, berikut senarai Link untuk ...