Saturday, August 29, 2015

Naturalle's Garlic Oil Capsule

Kali ni i nak berkongsi supplement yg i makan untuk general health basicly utk penjagaan berat badanlah tujuan utamanya ni.

ianya bermula dengan member yg begitu ligat sekali mempromokan "Set Kurus Bajet" dari Hai-O tu tapi harganya tu i tak berapa nak berkenan iaitu RM30 utk 80 biji.

jadi sb nak try dulu kot2 lah tak serasi kan so i cuba yg murah dululah..iaitu Naturalle Garlic Oil supplement ni. harga murah saja RM30 ++ mudah didapati dari farmasi2 tempatan.

kelebihan Garlic Oil ni.

Ianya mengurangkan kadar kolesterol. Pesakit koronari-anteri yang mengambil makanan tambahan bawang putih didapati boleh merendahkan paras lipoprotein yang dikaitkan dengan penyakit jantung, manakala bagi yang tidak mengambil bawang putih tidak menunjukkan pengurangan kadar lipoprotein. 



Berbagai jenis sebatian sulfur yang terdapat dalam BAWANG PUTIH boleh memberi kesan yang baik untuk kesihatan kardiovaskular. Ini banyak memberi kesan kepada biosintesis asid lemak, kolesterol, tringliserida dan fosfolipid. AJOENA, bahan bawang putih, mempunyai kesan anti-pembekuan yang mujarab. 




BAWANG PUTIH mengandungi 754 bahagian per milion (PPM) Germanium - iaitu lebih dua kali ganda daripada Ginseng. Germanium adalah perangsang imun, pembekal oksigen dan penghalang radikal bebas. Kajian menunjukkan Germanium amat berkesan untuk merawat kesan terbakar, penyakit radiasi, beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Bawang putih mengandungi bahan-bahan lain yang menunjukkan kesan anti-tumor terhadap haiwan. 
Pengambilan bawang putih yang banyak boleh mengelakkan kanser perut. Bawang putih menghalang nitrat diet bertukar menjadi kanser yang menyebabkan nitrosamina. 




Kajian menunjukkan sebatian bawang putih dialil sulfida merupakan nutrien anti-kanser yang berkesan. Apabila diberikan kepada tikus sebelum mendedahkan tikus tersebut kepada agen penyebab kanser kolon, ianya mempunyai kesan perlindungan antikarsinogenik terhadap esofageal, kanser perut dan kulit dengan membenarkan hati untuk menyahtoksikkan bahan kimia penyebab kanser. Di Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat, para saintis berusaha menghasilkan ubat antikanser yang pertama diperbuat daripada bawang putih. 




Alisin adalah campuran sulfur yang memberikan kuasa antibiotik pada bawang putih. Ianya berkesan seperti penisilin tetapi tidak memusnahkan bakteria yang baik. 




BAWANG PUTIH juga merawat Kandida Albikons, sejenis jangkitan yis yang disebabkan oleh pil perancang, antibiotik, kartisona, kencing manis, kekurangan nutrien, sembelit dan tekanan. 

tak pandai pulak nak twistkan gamba

Friday, August 28, 2015

Meggi Ketam

Berkongsi resepi untuk masakan yg mudah iaitu Maggi Ketam.

Bahan2:
3 packet Maggi Kari
4 ekor ketam cuci dan potongkan 2
1 ikat bayam
3 biji telur
Minyak utk menumis

Cara2:
Tumiskan perencah maggi

Masukkan air

Apabila menggelegak masukkan ketam dan rebus sehingga masak.

Apabila sudah masak angkat kan ketam dan ketepikan

Masukkan meggi dan juga sayur, pecahkkan telur ke dalam kuali ..rebuskan sehingga masak.

Hidangkan dan hiaskan ketam.

Enjoy

Thursday, August 27, 2015

Samsung Galaxy Life Previllage

Entry ini utk berkongsi tentang Samsung Galaxy Life apps.

Utk semua pengguna Samsung smartphone, ade 1 apps ni yg memberikan e-voucher utk para pengguna.

Silalah register melalui facebook account atau google mail (gmail) ke Samsung Galaxy Life apps dan nikmati free items.

Enjoys

Sunday, August 23, 2015

Mee Udang

Lagi entry kongsi resepi..lately kerap jugak masuk dapur..tu yg boleh share resepi ni..

Mee udang ni senang je.
Kalau makan kenyang mcm makan nasi jugaklah..
Lagi pon mee kuning dan meehoon adelah kegemaran i ...jadi seronoklah makan..

Bahan2:
500g mee kuning
1 ikat sayur sawi
1 ikat daun bawang
2 sudu bawang goreng
2 biji cili merah besar
200g udang segar besar
200g udang segar kecil dibuang kulit
2 sudu udang kering
2 biji kentang direbus
2 biji tomato
4 biji telur direbus
2 sudu cili giling
6 ulas bawang putih
1 biji bawang holand
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
Garam
Perasa

Cara2nya:
Kisar bawang dan tumiskan diatas minyak yg panas sehingga naik bau

Masukkan cili giling dan goreng sehingga garing

Kisarkan kentang, tomato, udang segar kecil dan udang kering. Masukkan bahan kisaran ini kedalam kuali.

Masukkan air ikut kepekatan yg disukai..biarkan sehingga mengelegak.

Masukkan sos cili dan sos tomato serta udang...biarkan sehingga menggelegak sekali lagi.

Perasakan dgn garam dan perasa.

Celurkan sayur sawi..mee kuning
Sedia utk dihidangkan dan dimakan.

Selamat mencuba.





Friday, August 21, 2015

Piano Yamaha

rasa2nya agak melampau tak kalau nak jadikan Upright piano ni dalam wishlist??

hahaha manyak mengarutla ini amoikan!!

kisahnya, i ke KLCC minggu lepas, then dekat Centre Court tu YAMAHA piano ade buat pameran..
i wondered jugakla dekat kawasan tu sekejap sambil2 riki2 sambil2 dgr muzik..

harga piano ni mmg mahal ..kalau tak silap aritu paling murah (bukan upright piano) dalam RM3k gitu ..
pastu yg grand i tgk haritu ade sampai RM 280k ++ yg ini tu dah siap automatik play lagi
mmg osem..

enjoylah pictures k ..

wish list 2017 hehehe


ini antara range yg murah dah rasanya bagus untuk beginner 

Add caption


ini antara grand piano yg di pamerkan/dijual 

ini impian i ..tp belas2 ribu harganay tu 

also this one 

again this one 

Thursday, August 20, 2015

Garlic Sock

Malam tadi Adam demam.. Aliya batuk2..tak berapa demamlah.

Baby boy kamitu kalau demam mmg susah,
Nak letak kain kat kepala pon xnak..
Makan ubat xnak...
Mandi xnak...
Risau jugak nengokkan dia

Jadi i buat garlic sock ..
Katanya insyaallab berkesan...

Caranya :
Ambil 3 ke 4 ulas bawang putih
Layurkan atas api
Tumbukkan kasar then gaulkan bersama olive oil..

Pakaikan stoking dan letakkan beberapa cebisan garlic kat bawah tapak kaki dan lapikkan dgn 1 stoking lagi kat luar..
Cara ini utk mengelakkan tapak kaki melecet sb pijar bawang putih.
Jika anak dah agak besar boleh apply direct ke bawah tapak kaki saja...xperlu 2 lapis stoking.

Alhamdulillah agak menjadi walaupon temperature masih ade.

Mlm ni boleh cuba lg sekali.

Wednesday, August 19, 2015

Creamy Butter Crab

kami ini nak kongsi resepi yang i buat semalam utk makan malam..

biasanya makan ketam butter mcm ni kat restoran seafood aje,
agak mahal juga yea biasanya 4 ekor saiz sederhana dah mencecah rm 80 ..biasanya

lalu, i cuba google2 resepinya..
kena pulak ketam i beli kat pasar malam RM 27/kg

disini i share resepi dan juga cara membuatnya.

bahan2:
6 ekor ketam
1/4 buku butter brand Buttercup
1 tin susu sejat
8 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 biji bawang merah besar - tumber kasar
3 tangkai daun kari
5 biji cili api - dipotong halus
tepung jagung utk memekatkan kuah
garam
gula
minyak memasak

cara2:
1) cuci dan potong kan ketam
2) panaskan minyak masak dan panaskan butter hingga sedikit menggelegak
3) tumiskan bawang sehingga kekuningan
4) masukkan daun kari dan juga cili api
5) masukkan susu 1 tin
6) masakkan sehingga sedikit menggelegak
7) masukkan tepung jagung dan gaulkan
8) masukkan ketam dan masak sehingga ketam masak
9) sedia utk dihidangkan

biasanya ketam butter mcm ni tak makan dgn nasi, ratah sahaja..
mmg sedap sekali.
selamat mencuba


ini budak makan tak pandang kiri kanan 

boleh juga taburkan sedikit daun ketumbar sbg hiasan 

Tuesday, August 18, 2015

Lawatan ke KL Orkid & Bonsai 2015

Lepas kami habiskan larian hari sabtu tu,
Kami sekeluarga pon jengah2lah dekat dalam Taman Botani Perdana tu.
 
Memang cantik dan unik semua orkid dan bonsai yg dipamerkan.
Attention kami tu lebih kepada bonsai sb jarang2 dapat lihat yg unik2 dan yg cantik2 mcm ni.
Semua cantikla pada i...budak2 pon suka.

Semoga boleh lawat lg di masa akan datang. 

Enjoy the pictures...

bersama anak manja ku










Monday, August 17, 2015

Kad Jemputan Rumah Terbuka 2015

entry ni saje je nak share design yg i guna utk jemputan rumah terbuka haritu..
buat majlis kecil2an je..
ajak pon kawan2 lama, geng2 office, jiran2 dan saudara mara...
budget utk 100 pax saja..

namun, being me i mmg tak suka ajak2 kosong tanpa kad " online@offline (hard copy)"
nak kata kad pon bukan kad sgtla kan  print kat atas kertas biasa je..

seperti tahun2 sudah2..pakai power point saja
tak pandai dan tak ade pulak la software Adobe atau seumpamanya..

buat sendiri je kad jemputan yg simple2.
senang pastu download kat phone, hantar sekali kat wassap group @ SMS

Sunday, August 16, 2015

Kuala Lumpur Orkid and Bonsai Run 2015

i joined event ni suka2 sebab tu ambik yg larian 3km saja together with family.
register untuk hubs and diri sendiri..
first time jugakla ke Taman Botani Perdana ni..

as far as event is concern boleh kata so-so ajelah..
mayb sebab bukan marathon jadi Fun Run je jadi takdela expectation tu high sangat..

sebelum event tu ade zumba dan senam robik dulu..kasi stretch dulu..
anak2 lari naik stroller sekejap je, tgh jalan jumpa taman permainan
terus stop..
nasib baik hubs ade..layan diorang while i teruskan larian..
kalau tahu diorang takmo lari sama...i should take 5km instead 

dah lama tak berlari..agak slow sikit tp strava record ade better sikit dari last run!!
#kipidap

strava record tak sampai 3km..
important is average record getting better 



besornya saiz mokcik 



after larian, lepak2 kat taman
budak2 pantang nampak playground 


event agenda tak sebut ade medal.
tp at finishing point diorang bagi..
buat kenangan 

Thursday, August 13, 2015

Gathering Kawan Lama

hari Ahad lepas, August 9th, kami buat open house.
bukan tiap2 tahun buat open house ni, setakat ni buat selang 2 tahun sekali saja.
since dh buat tahun 2013, jadi tahun ni buat lagi.

nak cerita since kali ni dh ade group2 wassap ni jadi senang nak invite datang compare tu dulu2.
jadi kali ni alhamdulillah, ramai yg datang.
kawan2 hubs dan kawan2 sendiri.

yang paling lama tak jumpa dan yg sempat bergambar 2 org ni
kawan masa Matrikulasi dulu..
happynya tak terkata.

alhamdulillah jumpa juga.

yg vogue ni, Z.
mmg vogue dari dulu sampai sekarang. pregnant pon masih slim u huhu (bercucuran air mata tgk) 

ini Dr Ila (Dr PHD) , mmg antara yg pandai dan paling tinggi antara kami.
juga tgh pregnant anak no 3
anak sulung dia umo 8 tahun dh nak sama tinggi dgn i 

Tuesday, August 4, 2015

Telok Cempedak 2015

ini cerita hari Ahad 2hb August haritu..
alang2 lepak kat Kuantan hujung minggu tu, jadi sebelum balik semula kerumah,
bawak anak2 ke Telok Cempedak.

pernah singgah kat sini banyak tahun lalu, masa tu adam masih lagi dalam kandungan.
masa tu pon Aliya masih kecik lagi , takut kat air laut.

kali ni pergi budak2 taknak pulak  main pantai , mungkin sebab panas.
jadi kami lepak2 aje kat pantai main pasir.

saja test Panorama view..suka pulak nengokkan hasilnya ...
heehe







NUFFNANG

Halaqah Tanda2 Kiamat

Kepada teman-teman yang ingin menonton siri Halaqah TV9 2016 "Kiamat Pasti Datang" sebanyak 30 episod, berikut senarai Link untuk ...