Tuesday, July 26, 2016

Instant Divider


Pembahagi ruang dan juga meja consol

Nak share pasal instant devider kat rumah. Biasalkan typical rumah teres kat Malaysia ni mesti bukak pintu jumpa sofa utk tamu , then meja makan. Utk kasi cantik, biasanya tuan rumah akan letak devider in between, made from wood atau seumpamanya.

Utk rumah kami tiada devider sebegitu  tujuannya kalau ade kenduri kendara atau expecting crowd ke rumah, takde masalah ruang.

Tp setelah 4 tahun duduk ka rumah ni dgn susun atur yg sama...kami (i) decided utk ubah sikit pandangan kat rumah sambil utk dapat pandangan yg berbeza, juga memberi lebih ruang utk anak2 berlari2 dlm rumah.

Jadi almari consol yg kami letak kat tempat cermin dinding berhampiran meja makan telah dialih menjadi pembahagi ruang antra sofa dan juga meja makan.

Semoga memberi nafas baru !!


Thursday, July 21, 2016

Memasak


Lama i cuti maternity kali ni lebih kurang 90hari..kena pulak bulan ke 2 cuti tu bulan puasa.

Timing yg sedang elok utk polish skill memasak. Tidaklah pandai atau rajin sgykan tp kesian pulak tgk wajah2 kesayangan yg lapar dan gembira puas bila tgk semua makan dgn penuh selera.

Alhamdulillah misi tahun ni utk tahun ke 2 kami "bazar-ramadhan-free" semua juadah homemade dan biasanya makan 1 lauk saja. Tiada pembaziran.

Tak sempat nak ambil semua gambar tapi entey ni adelah antara menu2 yg sempat disnap.

Semoga lebih istiqomah dan rajin memasak utk suami dan anak2.


Friday, July 15, 2016

Rantai Nama Aisyah


Nak berkongsi hadiah kelahiran Aisah tempohari..
Since Aliya dulu lahir i tempahkan rantai nama jadi utk kasi adil dan saksama, Aisyah kalini pon i ade tempahkkan juga rantai.

Tempah dari sedara kat kelantan.
Dia tukang buat emas..mean tukang buat rantai,cincin semua.
Design simple aje.
Harga emas masa tu klau kelantan ikut
1riyal = 2.72gram.

Yg ini mcm ni 6.11 riyal
Harga upah= rm250
Semua rm3058.

Beraya sakanle anakanda ku


Tuesday, July 12, 2016

Hari Raya Aidilfitri 2016















Raya Aidilfitri tahun ni belah Kelantan. So kami balik kampung 2 hari sebelum raya. Alhamdulillah sekali ni takde sangkut jammed mcm sebelum2 ni.

Hari raya sambutan kat kampung kami mcm biasa je xdela havoc hebat2 sgt. Sederhana sahaja.
#bajuraya
#kuihraya
#ziarahraya
#sembahyangraya

Tahun ni i tak sembahyang raya, kat rumah je sb #aisyahzaireen masih baby lagi. Takde siapa nak jaga.

1st day raya
Kat rumah sahaja, biasanya mmg mcm ni sb ayah antara yg agak berumur dlm keluarga jadi sepupu2 ayah akan dtg kerumah kami..beside org yg paling tua (nenek) i , adik beradik dia je yg masih ada jadi sedara2 dtg rumah.

2nd day raya
Melawat sedara2 kat kg belah mak. Repek Pasir Mas. Rumah mak2 sedara, nenek tiri dan mak mertua kakak di Pengkalan Chepa..habis kami jelajah.

3rd day raya
Melawat keluarga abang kat Pasir Putih. Campur jammed dan anak2 yg seronok main  kat rumah pak long diorang, habis 1 hari spend kat sana saja.

Semoga bertemu lagi di raya akan dtg ..giliran kelantan, 2018 pulak.


Cuci Mata di Fella Design

My favourite Cuti perayaan Deepavali pada 18 October lalu, kami saja2 singgah Fella Design..tujuan asal nak cari topper utk tilam tetapi ber...

NUFFNANG